Isteri Abang Viva keguguran
Tak kecil hati disoal tentang zuriat ketika beraya!
Isteri Abang Viva keguguran
Lupa segala sengketa, 3 hari balik rumah mentua
HARI Raya Aidilfitri memberi peluang untuk kita saling ziarah menziarahi dan bertanya khabar antara satu sama lain.
Dalam kesempatan itu, kita juga wajar menjaga tutur kata dan mengelakkan untuk bertanya soalan-soalan sensitif, khususnya tentang jodoh dan cahaya mata.
Namun bagi Evanoza Zakaria, dia tidak menganggap topik zuriat sebagai soalan yang sensitif, sebaliknya sentiasa berlapang dada jika ada yang bertanya.
Eva teruja rai Aidilfitri di kediaman mentua.
Dedah isteri kepada aktivis banjir Azwan Omar atau Abang Viva itu, dia pernah keguguran dan berharap orang ramai dapat mendoakan yang terbaik untuk dirinya dan keluarga.
“Saya rasa itu hak semua orang untuk bertanya tentang kehamilan sewaktu beraya.Dan Saya tak kecil hati jika ditanya. Saya sebenarnya pernah alami keguguran pada hujung tahun lepas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Dr Mahathir Di Jangka Akan Batalkan Saman Terhadap Anwar Ibrahim
- Saman dan gaduh dengan Anwar boleh bikin rakyat lupa Zeti dan Nazlan masih belum didakwa.
- Apa sebenar nya yang Lim Kit Siang mahu?
Majlis Peguam Membisu Bila Mahkamah Pulangkan Sementara Passpot Syed Siddiq
“Masa tu saya bunting pelamin. Keguguran berlaku sebab kandungan saya di luar rahim. Masa tu saya pun tak tahu sedang berbadan dua. Tiba-tiba berlaku pendarahan, barulah tahu.
Selamat Hari Raya daripada kami berdua. Terima kasih atas sokongan semua orang untuk kebahagiaan kami.
EVANOZA ZAKARIA
“Saya percaya, kalau ada rezeki, InsyaAllah kami akan dikurniakan zuriat suatu masa nanti. Saya terus berdoa dan harap orang di luar sana juga dapat doakan saya dan suami,” ujarnya kepada mStar.
Bercerita tentang pengalaman pertamanya menyambut Ramadan serta Aidilfitri bersama Azwan, Evanoza berkata dia tidak berdepan banyak kesukaran memandangkan suaminya seorang lelaki yang ringkas.
“Sama je sebenarnya. Masa tak ada Azwan dulu pun saya kena masak juga untuk sahur dan berbuka. Azwan jenis ringkas. Kalau masak tiga lauk pun, dia makan satu jenis lauk saja. Semua menu ringkas.
“Baju raya juga kami beli dua pasang saja. Tak mahu membazir. Dari segi kuih raya pula, saya sebenarnya bukanlah tak pandai. Tapi disebabkan kekangan masa, jadi tahun ini hanya kuih ‘tunjuk-tunjuk’ saja,” ujar Evanoza berseloroh.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Siapa Yang Bakal Di Kambing Hitam Dalam Kes Minyak Masak KPDN
- MB Perak tempelak Khairy , “Biar orang UMNO urus hal UMNO”
- Ada pihak bimbang kerja konspirasi akan terdedah jika Najib bebas?
Menurut jurulatih kecergasan itu, dia beruntung kerana kedua-dua belah keluarga sememangnya menetap di Melaka, sekali gus tidak berlaku ‘perang’ untuk menentukan giliran balik beraya.
“Tahun ini saya akan balik beraya di rumah mentua di Jasin. Akan balik dalam tiga hari sebelum raya. Lagi seronok sebab bapa mentua niaga lemang, boleh la saya belajar juga.
“Pada sebelah petang raya pertama, InsyaAllah saya dan suami akan balik ke rumah keluarga saya pula di Sungai Udang. Tak payah gaduh nak fikir giliran raya, jarak perjalanan pun sejam saja antara rumah mentua dan rumah keluarga saya,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan sama, Evanoza turut menitipkan salam lebaran buat semua rakyat Malaysia yang mengenali dia dan suami, malah turut mengajak sesiapa yang berkelapangan untuk beraya di kediamannya.
“Selamat Hari Raya daripada kami berdua. Terima kasih atas sokongan semua orang untuk kebahagiaan kami. Kalau kami ada buat silap, mohon ampun dan maaf.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sejauh Mana Ahli UMNO Menghargai Pengorbanan DS Najib?
- 15 Ahli Parlimen BN Akan Letak Jawatan?
- Tidak mengejutkan pemimpin UMNO lompat parti, mengejutkan bila yang khianat belum lompat lagi.
Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie
“Yang nak datang beraya, dipersilakan datang. Walaupun tak ada rumah terbuka, boleh datang saja,” ujarnya mengakhiri bicara.
Untuk rekod, pasangan itu selamat mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober tahun lalu.
Bertempat di Pejabat Agama Islam Melaka, Azwan yang menyerahkan mas kahwin sebanyak RM150, sebentuk cincin serta wang hantaran bernilai RM8,888 sah bergelar suami kepada Evanoza dengan sekali lafaz.
Pada waktu itu, nama mereka turut kecoh diperkatakan kerana didakwa membelakangi keluarga dan bernikah tanpa pengetahuan orang tua.
Kemelut dalam keluarga Azwan bagaimanapun berjaya diselesaikan dan mereka semua berdamai antara satu sama lain.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mantan Peguam Negara: Pengampunan Di Raja Tidak Terikat Kepada Nasihat Lembaga Pengampunan
- Kalau Pun UMNO Dan PH Kahwin Paksa, Kenapa Ismail Sabri Pula Yang Berahi?
- Saman Mahathir terhadap Anwar sekadar bidaan politik sahaja.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Teruk Majlis Peguam dan pakar undang undang kena salai dengan Tan Sri Shafie