‘Kelahiran’ semula Nadeera
‘Kelahiran’ semula Nadeera
Mendengar suara merdu penyanyi wanita ini ketika menyertai program realiti Big Stage musim kelima, Mei lalu sememangnya masih berbekas di hati peminat dan penonton.
Siapa sangka, selepas saban minggu bertungkus-lumus memberikan persembahan terbaik, Nadeera, 30, menewaskan lima finalis lain, sekali gus bergelar juara.
Selepas tamat pertandingan itu awal Julai lalu, pemilik nama penuh Farah Nadeera Zaini ini berbincang dengan pengurusan, Woodwind Records untuk memulakan semula kerjaya nyanyiannya.
Antara perancangan yang dilakukan adalah penjenamaan semula bagi mengukuhkan lagi perjalanannya dalam bidang seni tempatan dan antarabangsa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir akan gelabah di Mahkamah.
- Mahathir paling tidak layak sebut kerajaan “dwi standard”
- PAS ratah isi, BERSATU hanya dapat hirup kuah
“Sebelum ini, saya pernah dikenali dengan nama Nadeera Zaini, Farah Nadeera serta nama lain seperti Nadeera Mentor Legend, Nadeera Lagu Cinta Kita dan Nadeera Big Stage.
“Jadi, keputusan yang kami buat adalah untuk membawa nama Nadeera saja kerana percaya nama itu boleh memberi nafas baharu terhadap kerjaya seni. Saya berharap penjenamaan semula membawa tuah dalam bidang seni.
“Saya juga mempunyai perancangan jangka panjang untuk melebarkan sayap sekitar Nusantara serta ke peringkat antarabangsa, jadi penjenamaan ini tepat sebagai ‘kelahiran’ semula Nadeera,” katanya.
Menurut Nadeera, dia percaya perjalanan seninya akan semakin ‘mewangi’ selepas memilih untuk bernaung dengan syarikat pengurusan, Woodwind Records yang diusahakan Zizi Hadid.
“Penjenamaan semula ini juga bersesuaian dengan kewujudan syarikat pengurusan yang mengatur perjalanan seni saya, Woodwind Records.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sikap PN Yang Memualkan
- Sepatutnya Dr Akmal Kekalkan Profesion Doktor Panadol Bukan Ahli Politik
- Kenapa Zahid Kembali Menjadi Sasaran Selepas PRN
“Melalui beberapa perbincangan dengan Woodwind Records, pihaknya bakal tampil dengan pelbagai idea segar serta akan mengelola kerjaya muzik bakat berpotensi.
“Malah, pihak pengurusan ini turut menyenaraikan perancangan yang cukup rapi untuk perjalanan saya dalam bidang muzik,” katanya.
Tidak menunggu waktu yang lama selepas penyertaannya dalam Big Stage 5, Nadeera kini tampil dengan single baharu untuk memastikan kerjaya seninya terus berkembang dan bersinar.
Tampil dengan lagu berjudul Emas, Nadeera mendapat khidmat Omar K, Iqie Hugh dan Firdaus Rahmat selaku komposer manakala liriknya juga adalah nukilan mereka bertiga bersama penyanyi Datin Alyah.
Mahu lari daripada kebiasaan single sebelum ini yang bertemakan cinta, Nadeera menampilkan tema kebangkitan dan semangat menerusi karya Emas.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- MB Terengganu Pegang 4 Portfolio Terengganu, Tahniah Rakyat Terengganu
- Sekiranya Benar 7 Ahli Parlimen BN Letak Jawatan, Akan Tumbangkah Kerajaan Perpaduan?
Zeti Semakin Terbelit Dalam Mahkamah
“Perjalanan single Emas agak berliku. Saya dan pihak pengurusan mencari naskhah sesuai selepas tamat Big Stage dan perjalanannya tidak mudah.
“Saya mahukan sesuatu yang berbeza dan mahu ia meninggalkan impak bermakna untuk peminat yang menantikan.
“Selepas duduk berbincang dan mencari material yang sesuai, kami bersepakat menjadikan Emas sebagai single perdana pasca kejuaraan Big Stage. Ia bercerita mengenai semangat dan kebangkitan, sesuai dengan perjalanan baharu saya selepas memenangi pertandingan terbabit.
“Saya akui, saya bagai ‘dilahirkan’ semula selepas menjuarai Big Stage. Sekali lagi, saya diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan kali ini, saya enggan sia-siakan perjalanan yang baru saja bermula. Saya tidak mahu leka dan enggan nama kembali ‘suam’, jadi saya mencari sesuatu seperti Emas untuk diketengahkan,” katanya.
Nadeera berkata, dia optimis dan berharap Emas menjadi karya yang diterima baik oleh semua lapisan umur.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
“Emas menampilkan isi hati saya yang benar-benar berharap untuk bersinar dalam industri muzik selepas melalui fasa jatuh bangun sejak 2012. Platform yang saya ada kali ini dianggap sebagai peluang berharga untuk saya menyerlahkan bakat.
“Saya berasa bertuah dan bersyukur dengan setiap limpahan rezeki yang Tuhan berikan. Dikelilingi insan yang baik dan hebat juga adalah hadiah terindah untuk saya kerana mereka sentiasa ingin melihat saya berjaya,” katanya.
Bercerita mengenai pengalaman merakamkan lagu Emas, Nadeera mengambil masa sembilan jam di studio rakaman untuk menyempurnakan karya ini.
“Proses rakaman berjalan lancar, tetapi saya sendiri mengambil masa sembilan jam di studio rakaman. Memandangkan lagu ini mempunyai makna tersendiri dan sangat melekat dalam hati saya, saya mengambil masa sedikit untuk mendapatkan penjiwaan sebenar.
“Saya mahu benar-benar berpuas hati dan menceritakan maksud sebenar lagu ini ketika proses rakaman dijalankan. Saya dan pihak pengurusan mahu sampaikan roh dan jiwa lagu Emas.
“Lagu ini sangat dekat dengan diri saya dan saya berharap ia dapat diterima orang ramai,” katanya single Emas boleh didengari di semua platform muzik bermula hari ini.
‘Kelahiran’ semula Nadeera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :