Shafie fail saman nama disalah guna
Shafie fail saman nama disalah guna
KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, mendakwa namanya disalah guna oleh beberapa pemimpin politik di Sabah berhubung dakwaan penyelewengan urusan tanah di Pulau Balambangan, Kudat.
Bekas Ketua Menteri Sabah itu, menegaskan beliau tiada kena-mengena dengan isu berkenaan atau melakukan sebarang salah laku yang dikaitkan dengan urusan kelulusan permohonan tanah di pulau itu.
Berikutan itu, katanya, beliau sudah meminta peguamnya untuk memfailkan tindakan undang-undang terhadap pihak yang mengaitkan namanya dalam urusan tanah terbabit.
“Berita mengenai urusan tanah di Pulau Balambangan, Kudat menarik perhatian orang awam dan menimbulkan perbincangan secara meluas.
“Saya sendiri walaupun saya bukan lagi Ketua Menteri, nama saya disalah guna apabila dikaitkan dengan urusan berkenaan oleh beberapa pemimpin politik di Sabah.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Menang PRK Pelangai, Benarkah Melayu Sudah Kembali Pada UMNO?
- Kisah Pelik Tapi Benar Isham Jalil
- Mahathir liabiliti, antara faktor kekalahan PN.
“Saya mahu menjelaskan saya menafikan sebarang pembabitan atau salah laku dalam kes ini. Atas sebab itu, saya mengambil tindakan undang-undang untuk menyangkal dakwaan tidak berasas ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kenyataan itu berkaitan dakwaan berlaku salah guna kuasa berhubung urusan permohonan tanah di Pulau Balambangan, Kudat membabitkan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, surat tuntutan terhadap pihak yang terbabit juga sudah diserahkan oleh peguamnya.
Sebelum ini, Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, mendakwa ahli perniagaan yang dikaitkan dalam isu itu juga dilihat rapat dengan Mohd Shafie.
Hajiji dalam kenyataannya sebelum ini juga menafikan berlaku salah guna kuasa dalam urusan kelulusan pengambilan tanah di Kudat itu dan menegaskan semua permohonan mengikut undang-undang.
Katanya, dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya berniat jahat, bermotifkan politik dan bertujuan memburukkan namanya.
Shafie fail saman nama disalah guna
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Rakyat Sedang Menderita, Menteri Syok Yam Seng
- Cuba Halang Bahas Isu Palestine, Apa Yang Takiyuddin Mahu Buktikan?
- Mungkinkah Sanusi Terlibat Dalam Skandal Beras Kedah?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kehadiran Roger Ng dan Jasmin Loo mampu ‘upset’ kan skrip konspirator kes 1mdb.
Discover more from My TV ONLINE
Subscribe to get the latest posts to your email.