Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?

Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD

Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?

Dalam persidangan parlimen semalam, ahli parlimen Arau, Shahidan Kassim, mengusulkan supaya ahli parlimen Tebrau, Jimmy Puah (PH), dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Alasan yang digunakan oleh Shahidan adalah kerana Jimmy menyukai hantaran pelakon Gal Gadot di media sosial.

Penulis difahamkan, Jimmy tidak membuat sebarang komen pada hantaran tersebut, hanya menyukai atau ‘like’ sahaja.



Hanya kerana itu, Shahidan membuat tuduhan bahawa Jimmy adalah penyokong Israel!!!

Ini bukan kali pertama Shahidan membuat tuduhan terhadap Jimmy.

Pada 30 Oktober, Shahidan menuduh ahli parlimen PKR itu sebagai penyokong Israel.

Malah pada 18 Oktober, Shahidan juga telah melabel ahli parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, sebagai Yahudi.



Siapa Gal Gadot?

Gal Gadot adalah bekas ratu cantik Israel pada tahun 2004 yang kemudiannya mencipta nama di Hollywood.

Penulis yakin, sekiranya ditanya kepada Shahidan, apakah beliau mempunyai bukti yang kukuh atas tuduhan liar itu.

Jawapannya sudah pasti tidak ada.



Ada Isu Yang Lagi Penting Untuk Shahidan Bangkitkan Di Parlimen

Pada bulan Oktober 2022, kita dikejutkan dengan berita pendakwaan 12 warga Malaysia dan seorang warga Indonesia kerana menculik 2 warga Palestin.

Siapa 2 warga Palestin yang diculik itu?

Mereka adalah anggota penting HAMAS yang mempunyai kepakaran dalam perisian komputer.

Kedua-dua mereka sangat dikehendaki oleh MOSSAD (agensi inteligen Zionis Israel).



3 dari 12 warga Malaysia yang didakwa itu merupakan sepasang suami isteri telah didakwa di bawah AMLA.

Dan kesemua yang didakwa itu adalah berbangsa Melayu!!!

Timbul persoalan, apakah sudah ada anak Melayu yang menjadi ajen MOSSAD?

Mungkinkah MOSSAD sudah berjaya menyusup masuk ke dalam negara?



Kita mesti akui, pintu masuk negara masih lagi gagal dikawal dengan rapi untuk menghalang kemasukan haram warga asing.

Buktinya adalah, beribu-ribu warga asing tanpa dokumen yang sah telah dapat dikesan di dalam negara.

Malah terdapat juga kes warga asing yang menyalahgunakan dokumen sah atau telah tamat tempoh untuk tinggal di Malaysia.

Singapura merupakan sekutu kuat Israel dan MOSSAD mempunyai cawangan di negara itu.



Tidak sukar untuk ajen MOSSAD yang berada di Singapura untuk menyusup masuk ke Malaysia dan merekrut warga Malaysia.

Sepatutnya, isu inilah yang mesti dibangkitkan di dalam parlimen untuk dibincang, dibahas dan dicari jalan penyelesaian.

Bukan membuat tuduhan melulu hanya dengan berdasarkan ‘like’ di dalam sosial media.

Cukup-cukuplah menimbulkan polemik murahan di parlimen untuk mendapatkan publisiti murahan.

Mual kita melihatnya!!!

Benarkah Ada Anak Melayu Telah Menjadi Agen MOSSAD?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button