Hospital Al-Shifa jadi zon kematian, WHO gesa kosongkan segera

Hospital Al-Shifa jadi zon kematian, WHO gesa kosongkan segera

Hospital Al-Shifa jadi zon kematian, WHO gesa kosongkan segera
FOTO FAIL. Hospital Al-Shifa. FOTO REUTERS

Geneva: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mengetuai misi penilaian ke Hospital Al-Shifa di Bandar Gaza mengesahkan bahawa ia zon adalah kematian.

Oleh itu, agensi itu menggesa pemindahan sepenuhnya mereka yang berada di dalam hospital itu dilakukan segera.

“WHO dan rakan kongsi sedang membangunkan rancangan segera untuk pemindahan baki pesakit, kakitangan dan keluarga mereka,” kata agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa 291 pesakit dan 25 pekerja kesihatan kekal di dalam hospital.



WHO berkata ia mengetuai pasukan bersama PBB, termasuk pakar kesihatan awam, pegawai logistik dan kakitangan keselamatan daripada pelbagai agensi dalam misi singkat dan “sangat berisiko tinggi” ke hospital itu pada Sabtu.

“Mereka, bersama beberapa pesakit bergerak dan kakitangan hospital mengosongkan kemudahan itu pada masa ketibaan pasukan itu,” kata kenyataan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka




Mereka yang sakit dan cedera, malah sebahagian daripada mereka anggota badan terpaksa dipotong dilihat keluar dari Hospital Al-Shifa pada Sabtu menuju ke pinggir laut tanpa ambulans bersama-sama dengan orang yang kehilangan tempat tinggal, doktor dan jururawat ketika letupan kuat kedengaran di sekitar kompleks itu.

Pasukan penilai PBB pula hanya mampu menghabiskan masa sejam di dalam hospital kerana keadaan keselamatan.

Pasukan itu, kata WHO, menyifatkan hospital itu sebagai “zon kematian” dan keadaan sebagai “terdesak”.

“Terdapat kesan tembakan jelas. Pasukan itu melihat kubur besar di pintu masuk hospital dan diberitahu lebih 80 orang dikebumikan di sana,” kata kenyataan itu.



Kekurangan air bersih, bahan api, ubat-ubatan, makanan dan bantuan penting lain selama enam minggu menyebabkan hospital terbesar dan paling maju di Gaza berhenti berfungsi sebagai kemudahan perubatan, kata WHO.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Akhirnya PAS Biarkan Siti Mastura Sendirian Hadapi Tindakan Undang Undang


Koridor dan kawasan hospital dipenuhi dengan sisa perubatan dan pepejal, meningkatkan risiko jangkitan.



Antara pesakit yang masih berada di hospital ialah 32 bayi dalam keadaan sangat kritikal.

Terdapat juga dua orang dalam unit rawatan rapi (ICU) tanpa pengudaraan, 22 pesakit dialisis yang akses kepada rawatan menyelamatkan nyawa terjejas teruk, dan ramai mangsa trauma.

Beberapa pesakit meninggal dunia dalam dua hingga tiga hari lalu disebabkan penutupan perkhidmatan perubatan

WHO berkata memandangkan keadaan hospital itu, pasukan itu diminta memindahkan pekerja kesihatan dan pesakit ke kemudahan lain.



“Kami sedang bekerjasama dengan rakan kongsi untuk membangunkan pelan pemindahan segera dan meminta pemudahan sepenuhnya pelan ini,” kata Ketua WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus di X, sebelum ini Twitter.

“Kami terus menyeru untuk perlindungan kesihatan dan orang awam.

“Keadaan semasa tidak boleh ditanggung dan tidak wajar. Gencatan senjata. SEKARANG!.” katanya.

WHO berkata misi tambahan akan dilakukan dalam tempoh 24-72 jam akan datang, menunggu jaminan laluan selamat untuk membantu membawa pesakit ke Kompleks Perubatan Nasser dan Hospital Gaza Eropah di selatan Gaza.



Ia menegaskan bahawa hospital-hospital tersebut sudah bekerja di luar kapasiti dan rujukan baharu itu akan lebih membebankan kakitangan dan sumber kesihatan.

Kempen tanpa henti tentera darat dan udara oleh Israel sudah membunuh 12,300 orang, kebanyakannya orang awam, termasuk lebih 5,000 kanak-kanak.

Hospital Al-Shifa jadi zon kematian, WHO gesa kosongkan segera

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button