Gaza, Tebing Barat perlu disatukan semula di bawah Pihak Berkuasa Palestin – Biden

Gaza, Tebing Barat perlu disatukan semula di bawah Pihak Berkuasa Palestin – Biden

Gaza, Tebing Barat perlu disatukan semula di bawah Pihak Berkuasa Palestin - Biden
Joe Biden. FOTO AFP

Washington: Gaza dan Tebing Barat perlu disatukan semula di bawah Pihak Berkuasa Palestin yang baharu, kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden semalam, ketika persoalan berkisar mengenai masa depan rantau itu jika Israel mencapai matlamat menumpaskan Hamas.

“Ketika kita berusaha untuk keamanan, Gaza dan Tebing Barat harus disatukan semula di bawah struktur tadbir urus tunggal, akhirnya di bawah Pihak Berkuasa Palestin yang dibangkitkan semula, sambil kita semua berusaha ke arah penyelesaian dua negara,” tulis Biden dalam artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post.

Washington selaku sekutu utama Israel memberikan sokongan penuh kepada tindak balas rejim itu terhadap serangan mengejut 7 Oktober oleh Hamas.

Tetapi apabila jumlah kematian akibat kempen ketenteraan Israel di Gaza terus meningkat kepada 12,300 orang, termasuk lebih daripada 5,000 kanak-kanak, AS menyuarakan kebimbangan mengenai cara serangan itu, dan menimbulkan persoalan sejak sekian lama iaitu masa depan wilayah itu sebaik sahaja Hamas dikalahkan.



“Penyelesaian dua negara adalah satu-satunya cara untuk memastikan keselamatan jangka panjang rakyat Israel dan Palestin. Walaupun sekarang ini nampaknya masa depan itu tidak pernah jauh, krisis ini menjadikannya lebih penting berbanding sebelum ini,” katanya.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tidak menolak rancangan Biden, tetapi berkata Pihak Berkuasa Palestin ‘dalam bentuknya sekarang tidak mampu menerima tanggungjawab untuk Gaza’.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka




Presiden Palestin Mahmud Abbas tidak mengutuk serangan Hamas dan menteri kanannya meraikannya, kata Netanyahu.

“Kita tidak boleh mempunyai pihak berkuasa awam di Gaza yang menyokong keganasan, menggalakkan keganasan, membayar keganasan, dan mengajar keganasan,” katanya pada sidang akhbar.

Abbas, sementara itu, merayu kepada Biden untuk menggunakan pengaruhnya ke atas Israel “untuk campur tangan segera untuk… menghentikan malapetaka kemanusiaan ini, pembunuhan beramai-ramai ini terhadap rakyat yang tidak bersalah.

Dalam suratnya, Biden turut mengancam sekatan terhadap peneroka yang melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat di tengah-tengah konflik di Gaza.



“Saya telah tegas dengan pemimpin Israel bahawa keganasan pelampau terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat mesti dihentikan dan mereka yang melakukan keganasan mesti bertanggungjawab,” katanya.

“Amerika Syarikat bersedia untuk mengambil langkah kita sendiri, termasuk mengeluarkan larangan visa terhadap pelampau yang menyerang orang awam di Tebing Barat.”

Gaza, Tebing Barat perlu disatukan semula di bawah Pihak Berkuasa Palestin – Biden


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam




 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading