Pelancaran 5-SpaceX Starship gagal beberapa minit selepas tiba angkasa lepas
Pelancaran 5-SpaceX Starship gagal beberapa minit selepas tiba angkasa lepas

Texas: Kapal angkasa lepas SpaceX Starship yang dibangunkan untuk membawa angkasawan ke bulan gagal selepas bertahan hanya beberapa minit di angkasa untuk ujian kedua semalam.
Percubaan pertama sebelum ini juga gagal selepas ia berakhir dengan letupan.
Roket percubaan kedua itu berlepas dari tapak pelancaran Starbase milik syarikat Elon Musk berhampiran Boca Chica di Texas.
Walaupun Super Heavy berjaya menjalani proses perpisahan tahap pertama dengan Starship, ia kemudian meletup di atas Teluk Mexico sejurus kedua-duanya terpisah.Starship kemudian berjaya meneruskan perjalanan ke ketinggian sasaran, namun komunikasinya dengan pusat kawalan misi SpaceX terputus.
“Kami sudah kehilangan data peringkat kedua. Kami mungkin gagal percubaan peringkat kedua,” kata hos siaran langsung SpaceX, John Insprucker.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Wajah Plastik Kepimpinan PAS Dalam Perjuangan
- Di Manakah Asas Pendakwaan Ke Atas Najib Dalam Kes 1MDB?
- Video mirip Agus, apa kaitan gajus dan Wahab?
Panik Hadapi Tindakan Undang Undang, PN Cuba Heret BN Dalam Fitnah Mereka
Namun, lapan minit ketika misi ujian itu, paparan kamera yang menjejaki penggalak Starship kelihatan menunjukkan letupan ketika roket itu berada pada ketinggian 148 km.
Pelancaran itu adalah percubaan kedua untuk menerbangkan Starship yang dipasang di atas penggalak roket Super Heavy, selepas percubaan pada April gagal ekoran berlaku letupan kira-kira empat minit selepas dilancarkan.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) yang menyelia tapak pelancaran komersil mengesahkan kemalangan itu sambil menambah tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan.
Agensi itu berkata akan menyelia siasatan kegagalan pesawat itu diketuai SpaceX dan perlu meluluskan rancangan seterusnya untuk mengelakkan daripada berulang.
Roket itu sepatutnya dilancar pada Jumaat, namun dilewatkan sehari.
SpaceX dalam ciapan di media sosial X (dahulunya Twitter) turut memaklumkan enjin teras Starship gagal berfungsi beberapa minit ketika dalam perjalanan ke angkasa.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hakikat Al Quran Mengenai Bangsa Yahudi & Nasib Palestin
- Selepas MP PPBM, Kini MP PAS Pula Sokong PMX
- Video ‘Wahab & Gajus’, siapa ‘Mr H’?
- “Cabut sat nak kentut”, Netizen bandingkan video Haziq dan Wahab ‘Gajus’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Shafee Abdullah layak diangkat sebagai Presiden Majlis Peguam