Berhenti Menjadikan Isu Royalti Minyak Sebagai Polemik Politik
Berhenti Menjadikan Isu Royalti Minyak Sebagai Polemik Politik
Sejak menjadi pembangkang semula, pemimpin PAS dilihat semakin agresif menjadikan isu royalti minyak sebagai serangan terhadap kerajaan pusat.
Tetapi apa yang mereka buat ketika 9 pemimpin mereka menjadi menteri dan timbalan menteri Kerajaan Pusat.
Mengapa ketika itu mereka tidak melakukan apa yang sepatutnya bagi memastikan kerajaan negeri mendapat royalti minyak.
Jangan lupa, semasa 33 bulan PAS berada dalam Kerajaan Pusatlah, keputusan memberikan royalti kepada kerajaan negeri ditukar kepada Wang Ehsan.
Ketika itu, menteri dan timbalan menteri dari Kelantan ada 9 orang dalam kerajaan pusat.
Perjuangan untuk mendapatkan royalti minyak untuk Kelantan telah berjalan sejak Kelantan dipimpin oleh Nik Aziz lagi.
Ia dipimpin oleh Datuk Husam Musa, Exco kerajaan negeri Kelantan ketika itu.
Mengikut Akta Laut Wilayah 2012, Kelantan & Terengganu Tidak Layak Terima Royalti Minyak
Pada 25 November 2021, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul berkata, Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung.
Ia disebabkan kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri-negeri tersebut.
Namun begitu, kerana lokasi medan petroleum berdekatan dengan perairan negeri, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.
Baru-baru ini, Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Azalina, mengumumkan, Kelantan dan Terengganu tidak layak menerima hasil petroleum sebanyak 5%.
Ini kerana, Akta Laut Wilayah 2012 menetapkan bahawa negeri hanya boleh menuntut hak sehingga 3 batu nautika.
Perjanjian Pembayaran Wang Tunai antara Petronas dan Kelantan serta Terengganu memperuntukkan pembayaran tunai sebanyak hanya diperolehi dalam jarak tiga batu nautika dari garis air surut.
Petronas tidak pernah menyalurkan hasil petroleum secara langsung kepada Kelantan dan Terengganu.
Ini adalah kerana kedudukan medan pengeluaran adalah terletak di luar tiga batu nautika dari garis air surut wilayah Kelantan dan Terengganu.
Bagaimanapun kerajaan persekutuan telah menyalurkan wang ehsan ke negeri-negeri yang berhampiran dengan kawasan penggalian petroleum.
Termasuk Kelantan dan Terengganu, untuk projek yang memberi manfaat kepada rakyat.
Menjelang PRU 15, Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan berkata, Kelantan akan menerima royalti minyak sebanyak 5 peratus daripada hasil pengeluaran minyak sekiranya PN memerintah.
Katanya, perkara itu berdasarkan akujanji yang dibuat Muhyiddin Yassin sebelum itu.
Apa yang diberi selepas 2012 adalah wang ehsan.
Dah nama pun wang ehsan, jadi ianya bukan hak mutlak yang mesti diberikan.
Paling menarik, ketika PAS berada dalam kerajaan persekutuan, mengapa tidak di pinda Akta Laut Wilayah 2012?
Berhenti Menjadikan Isu Royalti Minyak Sebagai Polemik Politik
Di Syorkan Untuk Anda:
- Isu Stoking: Chiok Wai Loong Mohon Maaf
- Hanya Kerana Anti Najib, Majlis Peguam Cabar Kuasa Agong
- MCA Perlu Belajar Dari DAP Dalam Berpolitik