Viral – Bihun Goreng 12 Sudu Gula
Viral – Bihun Goreng 12 Sudu Gula
Bahan-bahan:
1 peket bihun (rendam air biasa)
Udang kering sepeket kecil
Bawang rose 3 biji
Cili kering 4 biji
Belacan bakar (sikit sahaja)
Asam jawa (agak besar duit 20 sen)
Gula 12 sudu teh
MSG 2 sudu teh
Garam 1/2 sudu teh x 7
Serbuk kunyit 1/2 sudu teh
Cara Penyediaan:
Bakar belacan dan kisar bahan yang bertanda * sampai hancur. Air jangan banyak.
Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
Kemudian masukkan perasa. Tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
Kacau sebati bihun. Buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun yang tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
Nak tahu bihun dan masak elok. Kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Apabila dah masak, angkat dan siap untuk dihidangkan.
Mudah sahaja kan nak buat Bihun Goreng 12 Sudu Gula ni. Yang penting jangan sesekali ubah resepi. Nanti tak pasal-pasal tak sedap kan. Nanti kalau dah cuba, jangan lupa kongsikan masakan anda kepada kami ya!
Selamat mencuba!
Kredit: Owner resepi
Resepi Bihun Goreng Singapura
Viral – Bihun Goreng 12 Sudu Gula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Takiyuddin Mengesahkan Rancangan Menjatuhkan Kerajaan Dengan Mempertikaikan Kuasa Eksekutif Menteri KDN
- “Kembalilah sebagai pasukan UMNO” – Khaled Nordin
- “Saya bawa 3 tekad untuk Wanita” – Datuk Norliza
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Anwar Ingatkan Hadi Awang Supaya Tidak Memperlekehkan Titah Raja