Pakistan rancang pecah tembok lebuh raya elak banjir

Pakistan rancang pecah tembok lebuh raya elak banjir

Pakistan rancang pecah tembok lebuh raya elak banjir
PENDUDUK berkumpul untuk mengambil bekalan air dari lori tangki di kawasan terjejas banjir di Hyderabad, Pakistan. – AFP
DADU, Pakistan: Pihak berkuasa di selatan Pakistan merancang untuk menstruktur semula Lebuh Raya Indus yang merupakan laluan utama di negara ini dengan memecahkan tembok bagi membolehkan air mengalir jika hujan, sekali gus mengelakkan banjir di pekan Dadu.

Bencana banjir yang melanda utara Pakistan baru-baru ini menyebabkan 33 juta penduduk terjejas dan sekurang-kurangnya 1,391 orang terkorban, selain banyak rumah, jalan raya, landasan kereta api, tanaman dan haiwan ternakan musnah.

Terdapat sekurang-kurangnya tiga lokasi di daerah Dadu yang menyaksikan Lebuh Raya Indus ditenggelami air, dengan lalu lintas dihentikan selama beberapa minggu.

“Semua banjir yang melanda negara ini dalam fasa pemulihan, tetapi kami masih berada pada tahap awal, melainkan banjir ini surut cepat,” kata Pesuruhjaya Daerah Dadu, Syed Murtaza Ali Shah.

Pakistan menganggarkan kos kerosakan sebanyak AS430 bilion (RM135 bilion) dan kerajaan serta Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menyatakan bencana itu berpunca daripada perubahan iklim yang serius.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


PBB juga sudah mula menilai keperluan Pakistan untuk membangunkan pelan pembinaan semula pasca bencana selepas negara itu menerima 391 milimeter hujan atau hampir 190 peratus daripada purata 30 tahun, pada Julai dan Ogos lalu.

Jelas Syed Murtaza, sebanyak 90 peratus daerah di Dadu ditenggelami banjir dengan bandar Dadu sendiri terancam.

Disebabkan itu, kerajaan sudah menyediakan semua jentera dan bahan yang diperlukan untuk membina benteng dan aliran air. – REUTERS

Siakap tiga rasa sedap



Pakistan rancang pecah tembok lebuh raya elak banjir


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


“Kita humban mereka” – Anwar naik ‘syeh’




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading