GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur

GTA Terpaksa 'Go Solo', Parti Komponen Sudah Mula Berterabur

GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur

Usaha parti Gerakan Tanah Air (GTA) yang ditubuhkan oleh Dr Mahathir sudah tiada pilihan melainkan bergerak secara solo dalam PRU 15.

Ini berikutan usaha yang dilakukan untuk bergabung dengan beberapa parti lain seperti Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional sudah menemui jalan buntu.



Di dalam Pakatan Harapan, DAP dan PKR sudah mengeluarkan kenyataan tidak boleh menerima GTA sebagai parti komponen mereka.

Manakala Perikatan Nasional juga sudah mengeluarkan kenyataan yang senada.

Untuk GTA menjadi parti komponen Barisan Nasional, sudah pasti sangat mustahil.

UMNO yang menjadi parti dominan dalam Barisan Nasional secara total telah menolak parti Pejuang, pimpinan Dr Mahathir.



Sekiranya GTA masih lagi mempunyai niat untuk bertanding di dalam PRU 15, mereka tiada pilihan, melainkan bergerak secara solo atas tiket GTA sendiri.

Info dalaman dari GTA yang penulis terima adalah, sudah wujud tanda-tanda perpecahan di kalangan parti komponen GTA.

Sebenarnya keretakan itu sudah wujud sejak pengumuman barisan jawatankuasa penubuhan yang diumumkan oleh pengerusi GTA sedikit masa dahulu.

Beberapa NGO dan juga ahli komponen GTA yang melahirkan rasa tidak puas hati apabila mendapati kebanyakan jawatan diisi oleh parti Pejuang.



Mereka merasakan, adakah kehadiran mereka di dalam GTA hanya sebagai melukut di tepi gantang?

Namun keadaan itu berjaya diredakan oleh kepimpinan GTA.

Namun kini keretakan muncul semula.

Ianya berlaku sebaik sahaja PH dan PN secara rasminya keputusan menolak kerjasama dengan GTA.



Bagi mereka, tanpa PH atau PN, GTA pasti akan kehilangan duit deposit dalam PRU 15.

Sebagaimana yang berlaku ke atas Pejuang dalam PRN Johor.

Kemenangan adalah terlalu jauh untuk digapai.

Dengan perkembangan terkini, apakah akan berlaku perpecahan dalam GTA sebelum sempat ianya didaftarkan?



Yang pasti, GTA sudah pun tewas sebelum sempat masuk ke gelanggang.

 

GTA Terpaksa ‘Go Solo’, Parti Komponen Sudah Mula Berterabur

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button