Sayur Kailan Ikan Masin

Sayur Kailan Ikan Masin

Sayur Kailan Ikan Masin
Sayur Kailan Ikan Masin

Hi Semua, Episode kali ini…Che Nom nak masak resepi sayur kalian ikan masin..ramai sgt yang minta resepi sayur..jadi kali ni Che Nom tunaikanlah permintaan tu. Kailan ikan masin ni memang cukup pedas, masin dari ikan kering, dan bau tumisan bawang putih dan cili tu..pasti membuka selera. Macam makan kat restoran Thai.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk kalian ikan masin:
    • 2-3 sudu besar minyak masak
    • 3 ulas bawang putih
    • 4-5 biji cili padi
    • ½ mangkuk kecil ikan masin
    • 3 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu kecil kicap manis
    • ¼ biji hirisan bawang holland
    • 3-4 pokok sayur kailan
    • ½ sudu besar tepung jagung + ¼ cawan air
    • sedikit air untuk kuah

 



Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk kalian ikan masin:
    1. Kisar halus bawang putih, bawang merah dan halia Bersama sedikit air.
    2. Tumbuk kasar bawang putih dan cili padi.
    3. Potong kasar daun kalian manakalan hiris nipis untuk batangnya.
    4. Potong kecil ikan masin.
    5. Panaskan minyak masak dan tumis bahan tumbuk kasar sehingga kekuningan.
    6. Kemudian, masukkan ikan masin, batang kalian, sos tiram, sedikit kicap manis, hirisan bawang holland dan daun kalian.
    7. Gaul kesemuanya bahan.
    8. Bancuh tepung jagung dengan air dan masukkan ke dalam masakan,
    9. Tambah air untuk dijadikan kuah dan tunggu ia masak.
    10. Kemudian, kalian ikan masin siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Che Nom akan basuh bersih sayur dan rendam dalam air sejuk selama lebih kurang ½ jam sebelum dimasak untuk dapatkan sayur kalian yang segar dan rangup.

Selepas sayur, telur naik harga, roti pula akan menyusul?



Sayur Kailan Ikan Masin


DISYORKAN UNTUK ANDA :


LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Rafizi Hasut Rakyat Untuk Derhaka Kepada Agong?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button