Ramai kagum transformasi Perodua Kelisa
Lelaki ini upgrade kereta ‘aunty’ jadi sporty - Daripada budak baik dah jadi mafia!
Ramai kagum transformasi Perodua Kelisa
KETIKA orang lain sibuk memilih kereta baharu sebagai first car, jejaka ini bagaimanapun membeli kenderaan terpakai untuk dipandu setiap hari.
Menurut Azri Nasir, dia memilih kereta Perodua Kelisa yang dibeli pada 7 April lalu dengan harga RM13,500 menggunakan wang simpanan yang dikumpul selama setahun.
Namun, setelah melihat kepada keadaan terkini kereta tersebut, ia bagaikan sudah hilang rupa asalnya apabila diubahsuai dengan kapsyen from aunty to sporty.
Bercerita kepada mStar, lelaki yang senang disapa Azri menceritakan kisah bagaimana dia membeli dan menambah baik keadaan kereta tersebut.
“Saya beli kereta secondhand saja. Walaupun kelisa ni dah berusia 17 tahun tapi saya boleh katakan kereta ni evergreen (malar segar).
“Salah satu sebab pilih kereta ni kerana bentuk yang comel dan mudah dibawa kerana saiznya kecil. Alat ganti kereta ni pun tak susah nak cari. Mana-mana kedai bengkel pun kita boleh walk in terus untuk baiki,” ujarnya.
Menurut Azri, kereta pilihan hatinya ini merupakan keluaran 2005.Sebagaimana dikongsikan di TikTok, warga maya menyifatkan video transformasi tersebut sebagai satu cerita yang mengundang sebak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- “Komen jejaskan parti, tindakan akan diambil” – Zahidi
- “Six Million Dollar Man” digantung keahlian 6 tahun
- MKT UMNO Masih Terpedaya Dengan Alasan Ismail Sabri?
“Video tu saja-saja saya hasilkan sebagai kenangan menceritakan perjalanan sejak memiliki kereta itu sehingga kini.
“Ramai yang cakap mereka sedih lepas tengok video tu. Sebenarnya saya buat macam tu sebab bagi saya kereta lama ni banyak kenangan. Kadang-kadang orang terlepas pandang sampai hilang atau dijual barulah mereka rasa rindu tu.
“Kebanyakan kereta jenis Kancil dan Kelisa ni kalau jumpa pun mesti sudah terbengkalai dan tak terjaga sampai berkarat,” katanya.
Jelas Azri, sepanjang memiliki kereta itu sekitar lima bulan, dia sudah menukar bahagian luar dengan menambahkan spoiler, skirting, tukar warna cat dan juga lampu.
Menurut Azri dia membelanjakan kira-kira RM4,000 bagi mengubah suai kereta Kelisa berkenaan agar lebih sedap mata memandang.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenyataan rasmi Majlis Tertinggi Umno
- Mesyuarat MKT UMNO: Zahrin Di Pecat, PRU15 Tahun Ini
- Antara Keikhlasan Rakyat Dan Keangkuhan Mahathir
Dalam pada itu, Azri menyatakan bahawa ini merupakan kereta pertama yang dibeli di sebuah kedai kereta terpakai di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Ditanya mengapa dia memilih kereta terpakai berbanding baharu, Azri berkata baginya kenderaan lama lebih mudah untuk dijaga.
Saya beli kereta ni pun sebab reliable, cantik dan kalau dijual balik pun tak menanggung kerugian yang besar.
AZRI
“Setiap kereta baharu dan lama ada kelebihan dan kekurangan dia. Kereta lama mungkin lagi senang nak repair, murah dan banyak alat ganti yang tersedia.
“Kereta baharu pula ada ciri keselamatan yang dah dinaiktaraf.
“Sebelum ni saya naik motosikal saja. Saya beli kereta ni pun sebab reliable, cantik dan kalau dijual balik pun saya tak menanggung kerugian yang besar sangat,” ujarnya lagi.
Ujar Azri, jika ada yang berminat untuk mengikut jejak langkahnya membeli kereta Kelisa terpakai, mereka dinasihatkan supaya menyediakan wang sekitar RM9,000 hingga RM14,000.
Memandangkan penjagaan kereta tersebut agak mudah dan menjimatkan, Azri menasihatkan agar mereka tidak terburu-buru dalam memilih kereta.
Dalam pada itu rata-rata netizen terinspirasi dengan video transformasi yang dilakukan Azri terhadap keretanya.
Malah ada juga yang melahirkan hasrat untuk memiliki dan mengubah suai kenderaan sama suatu hari nanti.
“Geng Kelisa hadir, tapi video ni buatkan saya teremosi. Seronok pakai Kelisa sebab comel.
“Orang lain nak pakai kereta mahal, tapi aku ni teringin betul nak pakai Kelisa sebab comel.
“Smat sangat, daripada budak baik dah jadi mafia. Cantik sangat, aku memang minat Kelisa ni,” luah beberapa netizen.
Ramai kagum transformasi Perodua Kelisa
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Senarai nama bakal kena gantung keahlian
- Syarat UMNO Kepada PAS Sekiranya Ikhlas Mahu Hidupkan Kembali Muafakat Nasional
- Melayu bukan Kuda untuk Mahathir tunggang.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :