Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang

Dua hari badan rasa sakit-sakit, Siap kongsi tutorial cara masak!

Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang

Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang
Ikan asal Amerika Selatan itu berjaya ditangkap di Klang oleh seorang pemancing.

IKAN bersaiz gergasi yang dikenali sebagai Arapaima merupakan antara spesies asing yang dilarang import atau dibawa masuk ke negara kita.

Terbaharu, tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang lelaki Cina berjaya menangkap ikan asing invasif yang berasal dari Amerika Selatan itu di sebuah tasik di Klang, Selangor.

“Arapaima 1.9 meter tewas di Klang,” tulis pemilik akaun TikTok Choi OAG.





Video berdurasi lebih seminit itu memaparkan aksi lelaki berkenaan sedang memancing di kawasan tepi tasik.

Ikan berkenaan kemudiannya terkena umpan sebelum tiga individu turun ke dalam tasik untuk mengangkatnya naik ke darat.

Menurut keterangan pada video, ‘pertarungan’ untuk menangkap ikan itu mengambil masa selama 1 jam 20 minit.

Tahniah. Bagus tangkap spesies pendatang ni supaya tak rosakkan ekosistem kita.

DR FITRI YUSOFF

PAKAR PERIKANAN

“Badan sakit-sakit sampai dua hari,” kata lelaki berkenaan membalas komen netizen yang memuji kecekalannya bertungkus lumus menaikkan ikan tersebut.



Video TikTok itu sehingga kini meraih lebih setengah juta tontonan.

Lelaki berkenaan turut berbaring bersebelahan ikan itu untuk merakam foto kenang-kenangan.

Dalam satu video berasingan, lelaki itu turut berkongsi jenis joran pancing yang digunakannya.

“Saya bukan YouTuber memancing, sekadar nak kongsi je. Tolong jangan kecam ya.



“Saya pun bukan kaki pancing profesional. Sekadar minat memancing je. Kalau set up (joran) mengecewakan, jangan kecam ya,” tulis lelaki itu pada video.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dalam satu lagi video berasingan, dia turut menunjukkan tutorial masakan ikan berkenaan yang dihasilkan menjadi menu steam arapaima with fermanted black bean.

 

Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang
Tiga lelaki terpaksa masuk ke dalam tasik untuk membawa ikan itu naik ke darat.

Kisah penangkapan ikan berkenaan turut ditularkan ke laman Twitter sehingga ia menjadi topik perbualan ramai.



Sebilangan netizen turut meluahkan rasa gembira apabila spesis itu ditangkap, sekali gus dapat menyelamatkan ekosistem di Malaysia.

Pakar perikanan, Dr Fitri Yusoff menerusi laman Twitter miliknya turut meninggalkan komen berhubung tangkapan itu.

Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang
Pemilik video berkongsi tutorial masakan ikan berkenaan.+

“Tahniah. Bagus tangkap spesies pendatang ni supaya tak rosakkan ekosistem kita,” komennya ringkas.

Untuk rekod, ikan arapaima spesies gigas, agassizii, mapae, leptosoma dan heterotis nilocotus termaktub dalam senarai ikan larangan di bawah Peraturan-Peraturan Perikanan (Larangan Import dan Sebagainya Bagi Ikan) 1990 dan Pindaan 2011.



Larangan itu berikutan ia boleh menjadi dominan dan membiak dalam perairan umum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli yang sedia ada di perairan negara.

ia juga boleh menjadi dominan dan membiak di perairan imum serta menjadi pemangsa kepada ikan asli sedia ada di perairan.

Selain menggugat keselamatan ikan tempatan, ia juga penyumbang kepada bawaan penyakit baru dan punca sebaran serta rebakan penyakit dalam perairan umum.

 

Kehadiran Anwar Ibrahim Di Tambun Tidak Di Senangi Penduduk Tempatan

Kaki pancing bergelut tarik Arapaima 1.9 meter di Klang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button