Resepi Pajeri Nenas

Resepi Pajeri Nenas
Resepi Pajeri Nenas

Pajeri Nenas resepi dari mak Che Nom sendiri…Bagi sesiapa yang tak pernah makan pajeri, pajeri tu macam kari sebenarnya, cuma bahan-bahan kuahnnya ada sedikit berbeza dari kari melayu yg biasa. Rasa kuah pun mestilah manis, tu ciri utama masakan pajeri. Lauk favourite orang sebelah utara ni, kalau makan dengan ikan kering, sambal belacan dan ulam, memang sedap sangat.

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk pajeri nenas:
    • 1 biji nenas
    • 1/2 cawan minyak masak
    • 4 biji bawang merah kecil
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 batang kayu manis
    • 2 kuntum bunga lawang
    • **boleh juga tambah bunga cengkih dan buah pelaga
    • 1 tangkai daun kari
    • 3 sudu besar serbuk kari daging
    • sedikit air
    • 50g ikan bilis (anggaran 1/2 cawan)
    • 1 sudu besar udang kering
    • **boleh gunakan ikan bilis sahaja atau udang kering sahaja
    • 1/2 cawan santan (atau 1/2 kotak santan)
    • 2-3 sudu besar kerisik
    • Anggaran 2 sudu besar gula
    • garam secukup rasa

 

Cara Penyediaan:

 



  1. Cara-cara untuk pajeri nenas:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil, bawang putih dan halia.
    2. Potong nenas sedikit tebal, jangan terlalu nipis.
    3. Bancuhkan rempah kari daging dengan sedikit air.
    4. Tumbuk halus ikan bilis dan udang kering.
    5. Panas kan air dan celur nenas yang dipotong dalam air panas mendidih selama 2-3 minit. Kemudian, toskan air.
    6. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan hiris nipis, 1 batang kayu manis, 2 kuntum bunga lawang dan sedikit halba campur serta setangkai daun kari. Tumis sehingga kekuningan dan naik bau.
    7. Masukkan bancuhan rempah, bahan tumbuk dan air. Masakkan sehingga pecah minyak.
    8. Masak sehingga kering dan berulang tambah sedikit air. Ulang langkah yang sama 3-4 kali.
    9. Masukkan nenas dan gaul rata.
    10. Taburkan gula dan masak nenas sehingga sebati dengan rempah-rempah tumis iaitu dalam anggaran 10-15 minit. Tambah air jika mahukan lebih kuah pajeri.
    11. Bila nenas sudah masak lembut, masukkan ½ cawan santan dan 3 sudu besar kerisik. Tambah sedikit garam dan gula secukup rasa.
    12. Sambung masak sehingga mendidih dan gaul kesemua bahan sehingga sekata. Boleh ditambah jika ada rasa yang kurang. Kemudian, pajeri nenas siap untuk dihidang.

 

Tip:

 

  • Untuk menghilangkan masam nenas, nenas boleh dicelur terlebih dahulu sebelum dimasak bersama kuah pajeri.
  • Tidak perlu letak terlalu banyak santan. Jika menggunakan santan kotak, anggaran setengah kotak kecil sudah mencukupi.
  • Bagi mendapatkan kuah yang pekat dan wangi, masukkan lebih kerisik kedalam masakan. Pilihan kerisik juga penting iaitu memilih yang elok dan tidak berbau hapak kerana ia dapat mempengaruhi rasa pajeri nenas tersebut.

Resepi pajeri terung sedap



Resepi Pajeri Nenas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kisah Tragedi Memali Akan Di Manipulasi Untuk Halang Ahli PAS Undi BN

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button