Nasi Goreng Daging Merah Ala Thai
Resepi nasi goreng daging merah, masakan ala Thai yang menjadi menu utama di kebanyakan restoran di Malaysia. Pilih bahagian daging yang tidak terlalu kenyal atau liat. Untuk nasi goreng, hanya perlu masak nasi goreng yang simple kerana akan dipadankan dengan Daging Merah yang mengandungi banyak bahan sayuran. Cubalah,,kalau masak sendiri pasti puas hati.
Bahan-bahan:
- Bahan untuk daging merah:
- 200 gram daging
- pewarna merah
- 1 senduk minyak masak
- 1 inci halia, hiris nipis
- 3 ulas bawang putih, diketuk
- 5 biji cili padi, tumbuk kasar supaya pecah sedikit
- 1/4 cawan cili kisar
- 2 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 helai daun limau purut
- 3 batang kacang panjang, potong 2 inci
- 4 biji jagung muda, potong memanjang
- sedikit tepung jagung
- Karot, potong memanjang
- Bahan untuk nasi goreng:
- 4 cawan nasi
- Sayuran campur atau mixed vegie
- 2 sudu besar cili kisar
- 1/2 ketul kiub ayam
- 1 biji telur
- 2 ulas bawang putih, hiris nipis
- 3 biji bawang merah, hiris nipis
- Garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Cara untuk memasak daging merah:
- Rebus daging di dalam air yg diletakkan sedikit pewarna merah sehingga empuk.
- Angkat dan sejukkan daging, kemudian hiris nipis. Simpan air rebusan daging untuk kuah.
- Panaskan minyak dan goreng daging sehingga sedikit garing, tapi jangan terlalu garing. Angkat dan ketepikan.
- Dalam minyak yang sama tumis bawang putih, halia dan cili padi sehingga naik bau.
- Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan karot. Masak seketika.
- Masukkan daging, kacang panjang, jagung muda dan daun limau purut yang dicarik kasar. Tuang air rebusan daging dan tambahkan sedikit bancuhan tepung jagung supaya kuah menjadi pekat. Jangan tambah terlalu banyak tepung jagung. Angkat dan hidang.
- Cara untuk memasak nasi goreng:
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak.
- Masukkan sayuran campur dan kiub ayam, kemudian masukkan nasi dan kacau sebati. Buat lubang di tengah dan pecahkan telur. Masak sehingga telur sedikit keras dan kacau sebati. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Nasi Goreng Daging Merah Ala Thai
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Muhyiddin Cabar Anwar Buktikan Ada Majoriti Sokongan Ahli Parlimen
- Kenapa Allah SWT Kurniakan PAS Kemenangan Tanpa Kuasa?
- Ismail Sabri Mesti Jawab Isu Audio Syed Fazmi
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :