Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media

Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media

Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media
Premantharan Pillai dilihat cuba menendang kamera seorang petugas media yang sedang membuat liputan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret di Georgetown, hari ini. – NSTP

GEORGETOWN: Seorang peniaga yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret atas pertuduhan menyamar sebagai polis, dilihat bertindak kasar apabila cuba menendang kamera seorang petugas media yang sedang membuat liputan, di sini, hari ini.

Tertuduh, V Premantharan Pillai, 44, dipercayai bertindak sedemikian kerana berang gambarnya dirakam ketika dalam perjalanan keluar selepas kesnya dibacakan di Mahkamah Sesyen sebelum menuju ke Mahkamah Majistret yang terletak di aras berlainan bangunan sama.

Bagaimanapun, petugas media terbabit pantas mengelak serta menjauhkan diri dari tertuduh, dan tiada sebarang kerosakan atau kecederaan dilaporkan dalam insiden kira-kira jam 10.30 pagi tadi.



Terdahulu, Premantharan Pillai mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan menyamar sebagai polis, termasuk satu pertuduhan membabitkan kerugian sebanyak RM100,000, dalam beberapa kes berasingan yang dilaporkan pada tahun lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa memperdaya seorang wanita pada 24 dan 25 Februari 2021, antara jam 12 tengah hari hingga 5 petang, dengan menyatakan bahawa dia boleh membebaskan suami wanita itu yang dipenjarakan berhubung kes dadah.

Mengikut pertuduhan ketiga, sehari sebelum transaksi wang itu dilakukan, tertuduh didakwa ke rumah mangsa berusia 53 tahun itu di Sungai Ara, Bayan Lepas, kira-kira jam 4.10 petang dan berpura-pura mengaku dirinya seorang polis.

Bagi pertuduhan keempat pula, tertuduh didakwa menyamar kononnya polis berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut bertujuan memperdaya seorang wanita berusia 33 tahun di sebuah bank di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 9.55 malam 13 Februari tahun lalu.



Dua daripada kesalahan itu didakwa bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Tertuduh turut didakwa bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, dan Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shahrezal Mohd Syukri dan Nurnajihatul Idayu Mohd Azuyar, manakala tertuduh diwakili peguam, RSN Rayer.

Kedua-dua Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah tidak membenarkan ikat jamin kerana tertuduh dikatakan gagal dikesan sejak laporan ke atasnya dibuat pada tahun lalu sebelum ditahan di luar Pulau Pinang.



Rayer bagaimanapun memohon mahkamah mempertimbang dengan menggunakan budi bicara untuk membenarkan anak guamnya diikat jamin, selain memaklumkan bahawa tertuduh menanggung isteri serta tiga anak dan bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan antara RM2,500 hingga RM3,000 sebulan.

Seterusnya, beliau berkata, tiada laporan polis menyatakan anak guamnya yang bermastautin di Kuala Lumpur dan dipercayai ditahan di ibu kota itu cuba meloloskan diri atau disekat di sempadan, selain tertuduh juga tidak memiliki pasport.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin berjumlah RM9,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan, iaitu tertuduh perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan hingga perbicaraan selesai.

Mahkamah menetapkan 10 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan penyerahan dokumen, selain turut membenarkan semua pertuduhan dibicarakan secara serentak.



Tendang dagu tunang adik perempuan, juruteknik didenda RM1,500

Peniaga didakwa menyamar polis, cuba tendang kamera petugas media



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button