Suami isteri ditahan polis, syabu nilai hampir RM10 juta dirampas

Suami isteri ditahan polis, syabu nilai hampir RM10 juta dirampas

Suami isteri ditahan polis, syabu nilai hampir RM10 juta dirampas
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun (dua kiri) bersama pegawainya menunjuk syabu dan pil kuda dirampas dalam gerakan bermula 29 November hingga 2 Disember. – NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

KUALA KRAI: Polis Kelantan menumpaskan sindiket pengedaran syabu diisi dalam bungkusan ‘teh Cina’, dianggarkan benilai RM9.5 juta selepas menahan sepasang suami isteri di hadapan Eco Park Batu Jong, semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, tangkapan itu dilakukan ketika anggota Unit Kereta Peronda (MPV) menjalankan rondaan dan menahan sebuah Perodua Alza dalam keadaan mencurigakan, kira-kira jam 8 pagi semalam.

Katanya, hasil pemeriksaan menemui 11 guni putih dengan setiap guni dalam kereta terbabit, dengan setiap guni mengandungi 24 bungkusan berisi ketulan kristal yang disyaki syabu.



“Berat keseluruhan barang rampasan 264 kilogram (kg) dan kesemuanya dibungkus dalam bungkusan ‘teh Cina’, dipercayai untuk pasaran Lembah Klang dan boleh menampung 2.6 juta penagih. Turut dirampas wang tunai RM8,899 selain mata wang 200 bath Thailand,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai, di sini, hari ini, Muhamad Zaki berkata, sepasang suami isteri berusia 26 dan 28 tahun ditahan, manakala dua anak mereka berusia lapan bulan dan empat tahun yang ada bersama ketika itu, diserahkan kepada saudara terdekat.

“Pasangan itu mengaku sebagai ‘transporter’ dan mungkin sudah enam kali melakukan kegiatan berkenaan. Mereka mendakwa menerima bayaran RM5,000 satu perjalanan dan modus operandi adalah dengan menyewa kenderaan untuk membawa dadah.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Pada masa sama, kami juga sudah mengenal pasti sindiket yang terbabit dan siasatan akan diteruskan,” katanya memaklumkan, hasil ujian saringan air kencing ke atas pasangan suami isteri itu negatif dan mereka juga tidak mempunyai rekod lampau.



Katanya, kedua-dua suspek direman tujuh hari bermula hari ini hingga 9 Disember untuk siasatan mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Muhamad Zaki berkata, polis menahan lima lelaki berusia 22 hingga 34 tahun di tepi sebuah rumah di Rancangan Perumahan Tersusun (RPT) Chuchoh Puteri, Kuala Krai, kira-kira jam 1 pagi 30 November lalu dan merampas 877 biji pil yaba bernilai RM8,770.

“Dalam kes berasingan pada 29 November pula, polis menahan lelaki berusia 33 tahun di sebuah bangsal dalam kebun getah Kampung Peria Lama, Kuala Krai, kira-kira jam 5 petang bersama 594 biji pil yaba. Semua suspek direman tujuh hari bermula 29 November hingga 6 Disember ini,” katanya.

Methamphetamine RM6.14 juta dirampas dalam serbuan di Bandar Sunway



 

 

Suami isteri ditahan polis, syabu nilai hampir RM10 juta dirampas


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button