Sambal Garing Bilis Tempe
Siapa suka simpan stok sambal ikan bilis garing kat rumah? Dan siapa yang rajin nak buat stok simpanan sendiri kat rumah? jom cuba resepi ni. Sambal bilis garing kali ni memang sangat tahan lama dan maintain rangup kalau disimpan. Bukan saja bilis, tapi kita tambah dengan tempe dan bawang goreng juga.
Proses mula-mula sekali Che Nom akan goreng semua bahan-bahan sampai rangup dan kemudian kita goreng dan kisar cili kering dengan bahan-bahan lain sebagai penyedap rasa, dan masak semula dengan minyak untuk lebih tahan lama, memang tak masuk air langsung. Lepas tu gaul lah kesemua bahan, sejukkan dan simpan buat stok. Rangup, pedas, dan sedap.
Bahan-bahan:
- Bahan-bahan A:
- 300g ikan bilis (**boleh kurangkan ikan bilis kepada 200g untuk salutan lebih pedas)
- 1 keping tempe
- 6 biji bawang merah kecil
- 1 sudu kecil garam
- 1-2 sudu besar tepung beras
- 2 mangkuk minyak masak
- Bahan-bahan B:
- 1 senduk minyak masak
- 25-30 tangkai cili kering
- 2 sudu besar gula
- 1 kiub pati ikan bilis
- ATAU boleh ganti perasa
- Sedikit garam (jika suka)
Cara Penyediaan:
- Cara-cara untuk bawang goreng:
- Gaulkan sedikit garam dengan hirisan nipis bawang merah kecil.
- Perap dalam anggaran lebih kurang ½ jam.
- Selepas perap, perah dan toskan jus bawang.
- Gaul bawang merah kecil dengan tepung beras sehingga bersalut sekata.
- Goreng hirisan bawang dengan api yang sederhana dan kerapkan kacau sehingga keperangan.
- Cara-cara untuk sambal garing bilis tempe:
- Panaskan minyak dan goreng hirisan tempe dengan api yang sederhana. Kerapkan kacau tempe sehingga garing.
- Goreng pula ikan bilis sehingga keperangan.
- Masukkan sedikit cuka atau jus limau nipis kedalam ikan bilis yang sedang digoreng sebelum diangkat dan ditos minyak.
- Goreng cili kering sehingga keras dan kelihatan rangup.
- Kisar halus cili kering goreng dengan gula dan kiub pati ikan bilis atau serbuk perasa.
- Panaskan minyak, goreng bahan kisar dan masukkan gula. Goreng sekejap lalu tutup api.
- Masukkan ikan bilis, tempe dan bawang goreng. Gaul kesemuanya sehingga sekata.
- Tambah sedikit garam jika perlu.
- Kemudian, sambal garing bilis tempe siap untuk dihidang bersama nasi putih panas, roti serta bubur ataupun siap untuk disimpan dalam balang kedap udara.
Tip:
- Untuk dapatkan ikan bilis goreng yang garing, basuh ikan bilis dan toskan air sehingga ikan bilis betul-betul kering sebelum digoreng ataupun jemurkan ikan bilis dibawah terik matahari.
- Selain itu, petua untuk ikan bilis tahan lama garingnya adalah dengan tambah sedikit cuka atau jus limau nipis ketika 3-4 minit sebelum angkat ikan bilis yang sedang digoreng.
- Untuk memastikan ikan bilis sudah garing dan sedia untuk diangkat adalah apabila buih minyak dan bunyi gorengan makin berkurang.
- Untuk dapatkan tempe goreng yang garing pula, hiris senipiskan tempe dan potong kecil sebelum digoreng.
Sambal Garing Bilis Tempe
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Konspirasi Menjatuhkan Kerajaan Perpaduan Terbongkar
- Waktu terbaik dakwa Zeti dan Nazlan.
- Zahid WAJIB Singkirkan Raja Broker UMNO Dengan Segera
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jawatan dalam kabinet perkukuhkan kluster Setia hadapi Kluster broker pada pemilihan UMNO.