Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]

Pernah viral ketika banjir,  Paling bahagia boleh bawa mak ayah tinggal bersama

Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]

REZEKI tak pernah salah alamat.

Perumpamaan itu sesuai untuk menggambarkan kisah seorang anak muda bersama keluarganya yang kini berjaya memperoleh sebuah rumah kediaman mampu milik di Taman Impian Emas, Johor.

Mana tidaknya, di saat jiran sekampung berjaya berpindah dan memiliki rumah baharu, mereka sekeluarga masih kekal di lokasi yang sama.

Bercerita kepada mStar, Muhammad Faris Sulaiman berkata, sekitar 25 tahun lalu, kerajaan negeri ada melaksanakan pembangunan semula di kawasan perkampungannya, Kampung Laut.



Disebabkan itu, penduduk terlibat dipindahkan ke flat yang baru dibina bagi menikmati kehidupan yang lebih selesa.

Bagaimanapun, pada masa itu, keluarganya tidak berjaya memperoleh unit dan terpaksa kekal di kediaman asal.

Malah sepanjang tempoh mendiami kawasan berkenaan, rumah mereka sering dilanda banjir dan paling teruk berlaku pada Januari 2021.

Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]
Keadaan banjir yang melanda rumahnya tahun lalu.
“Mak dan ayah merupakan insan yang paling gembira kerana saya dapat membeli rumah baharu yang jauh lebih selesa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Sebelum ini mereka pernah mohon, tetapi tak dapat kerana faktor gaji dan sebagainya,” ujarnya yang kini memiliki rumah jenis townhouse.



Menurut pemuda berusia 26 tahun itu lagi, paling menggembirakan apabila lokasi baharu itu juga terletak berhampiran dengan flat Kampung Laut sekali gus membolehkannya sekeluarga bertemu dengan jiran-jiran lama.

Inilah salah satu cara untuk saya membalas jasa kedua orang tua yang bersusah payah membesarkan saya sebelum bertemu jodoh.

MUHAMAD FARIS

Baginya, walaupun terpaksa mengharungi banjir setiap tahun, dia amat bersyukur kerana penantian tersebut akhirnya membuahkan keselesaan.

“Saya rasa bersyukur, Allah tak bagi rezeki untuk dapat rumah yang lama sebab nak bagi rezeki yang lebih baik sekarang.

“Kami sekeluarga akan tinggal bersama-sama di rumah baharu ini dan mungkin inilah salah satu caranya untuk saya membalas jasa kedua orang tua yang bersusah payah membesarkan saya sebelum bertemu jodoh.



“Lagipun saya memang memasang hasrat untuk melengkapkan diri terlebih dahulu sebelum berkahwin,” kongsinya.

Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]
Rumah townhouse yang berjaya dibelinya.
Bercerita tentang rumah baharunya itu, ujar Muhamad Faris, selepas banjir besar melanda pada Januari 2021, dia terus membuat permohonan di bahagian perumahan negeri Johor.

Tanpa diduga, selepas tempoh seminggu dia dihubungi semula menyatakan permohonan diterima.

“Pihak SUK perumahan meminta saya membuat pilihan jenis rumah sebelum meneruskan permohonan.



“Proses yang dijalankan kira-kira setahun dan pada tahun ini saya sudah berjaya mendapatkan kunci,” luahnya gembira.

Malah katanya, bagi melengkapkan lagi dokumen permohonan, dia menyertakan salinan artikel berkaitan keadaan banjir rumahnya seperti yang diterbitkan dalam portal mStarpada Januari tahun lalu.

“Saya buat permohonan rumah dan jadikan artikel mStar sebagai dokumen sokongan,” tambahnya.

 



Tom; “Tak Ada Rezeki, Kalau Ada Job Selepas Ini Bolehlah.”

Pemuda ini akhirnya dapat beli townhouse!  [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button