Cubaan seludup lima PATI gagal, kenderaan terbabas
Cubaan seludup lima PATI gagal, kenderaan terbabas
GUA MUSANG: Tindakan seorang buruh kimpal cuba menyeludup lima pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dengan menggunakan kenderaan Perodua Myvi gagal apabila terbabas di Kilometer (km) 5 Gua Musang-Kuala Lipis, di sini, semalam
Dalam kejadian jam 6 petang itu, pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 31 tahun berjaya ditahan bersama tiga lelaki dan dua wanita warganegara Myanmar berusia 16 hingga 42 tahun selepas cuba melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata suspek dipercayai mengambil PATI dari Rantau Panjang untuk dihantar ke Bentong, Pahang.
“Siasatan lanjut mendapati, suspek menerima upah sebanyak RM250 untuk setiap PATI yang dibawanya.
“Hasil pemeriksaan ke atas suspek juga menjumpai pil yang dipercayai jenis Yaba dan ujian air kencing positif dadah jenis Methaphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kejadian yang berlaku, beliau berkata, sepasukan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang sebelum itu menjalankan pemeriksaan ‘snap check’ di Jalan Gua Musang-Mentara Lama, di sini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Hadi Awang Di Siasat Polis, Lebih ‘Sejuta’ Pemuda PAS Berhimpun
- Azam Baki: SPRM Buka Kertas Siasatan Isu RM600 Bilion
- Siapa ‘fitnah’ Arman belakangkan Zahid?
Katanya, curiga dengan tindakan suspek yang membuat pusingan U dalam keadaan merbahaya, anggota unit kereta peronda (MPV) mengekori kenderaan suspek dengan membunyikan siren.
“Namun suspek enggan memberhentikan kenderaan dan terus memandu secara melulu serta berbahaya selain turut melanggar lampu isyarat.
“Suspek tiba-tiba bertindak mengubah laluannya dengan memasuki simpang. Anggota polis tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu berlaku pelanggaran di bahagian belakang kereta yang dipandu suspek dan terbabas di dalam longkang,” katanya.
Beliau berkata, tiada sebarang kecederaan dilaporkan ke atas anggota unit MPV KN 474 yang terbabit.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
“Selain itu kes turut disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963 serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Cubaan seludup lima PATI gagal, kenderaan terbabas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat
- Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.
- Mahathir Bidas Anwar Lantik Zahid Tapi Lupa Pernah Lantik Lim Guan Eng
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :