Kek Oren Lembap Dan Lembut
Resepi kali ini adalah Kek Oren yang sangat lembab dan lembut. Saya memang meminati kek yang mudah dan simple, dan Kek Oren salah satu dari kek yang sangat disukai saya dan anak-anak. Kek sebegini sangat sesuai dihidangkan untuk minum petang atau majlis hi-tea .Bau harum dan segar dari parutan kulit oren dan juga keharuman butter sangat menyelerakan. Dalam resepi ini ada menggunakan sour cream, tujuannya untuk membuatkan kek menjadi lembap dan ‘rich’. Pasti dapat rasa beza sedapnya kek macam ni yang menggunakan sour cream. Satu lagi bahan yang menbuatjkn kek anda lembut dan sedap adalah mentega. Pilih mentega yand berkualiti tinggi,.kalau tidak, jenama Buttercup pun ok 🙂
Sila rujuk bahagian tips untuk panduan.
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan (114 g) mentega, unsalted
- 3/4 cawan gula kastor
- 4 sudu kecil parutan kulit oren
- 2 biji telur saiz A
- 1/2 cawan sour cream
- 1/4 cawan perahan jus oren segar
- 1 1/2 cawan tepung naik sendiri
- 1/2 sudu kecil garam
Cara Penyediaan:
- Panaskan oven kepada suhu 160 °C. Griskan loaf tin berukuran 9 inci dengan mentega.
- Putar mentega yang sudah lembut (tetapi masih sejuk) bersama gula kastor sehingga putih berkrim.
- Masukkan zest oren, telur sebiji demi sebiji, sour cream dan jus oren segar. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan putar hingga adunan sebati.
- Tuang ke dalam adunan dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga lidi yang dicucukkan di tengan kek bersih apabila ditarik,
Tip:
- 1.Jika anda tiada tepung naik sendiri, boleh gunakan tepung kek yang dicampur bersama 1 sudu kecil baking powder dan 1/2 sudu kecil baking soda.
- 2.Jika menggunakan salted butter (mentega bergaram) jangan dimasukkan garam lagi di dalam adunan.
Kek Oren Lembap Dan Lembut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Manifesto Pilihanraya Parti Politik Kerajaan Perpaduan Akan Di Satukan
- Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela
- Undi percaya, ‘Geng 10’ undi Anwar di Parlimen
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :