Lelaki Pakistan teruja timang anak ke-60
Lelaki Pakistan teruja timang anak ke-60
ISLAMABAD: Seorang lelaki berusia 52 tahun di Pakistan kembali menjadi perhatian dunia kerana keterujaannya menimang cahaya mata ke-60 baru-baru ini malah berazam mahu mempunyai lebih ramai lagi anak bersama isteri-isterinya.
Lapor Oddity Central, Sardar Jan Mohammad Khan Khilji yang tinggal di Quetta di Ibu Kota Balochistan begitu gembira menyambut kelahiran bayi lelaki yang diberi nama Khushal.
Dalam satu video yang dimuat naik di media sosial, Sardar Jan yang sudah mempunyai tiga isteri mengakui mahu terus menambah zuriat dan berhasrat untuk berkahwin lagi.
“Saya meminta semua rakan-rakan saya membantu saya mencari seorang gadis bagi perkahwinan keempat saya,” katanya kepada BBC, sambil menambah, dia mahu mempunyai lebih ramai anak lelaki dan perempuan dengan setiap isterinya.
Sardar Jan pernah menjadi tajuk utama berita antarabangsa pada tahun 2016 selepas menimang anak ke-35nya dan ketika itu, dia mengumumkan rancangan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 100 orang anak.
Berdasarkan umur dan rancangannya untuk membawa seorang lagi isteri ke dalam keluarga besarnya itu, ramai berpendapat cita-citanya mungkin mampu dicapai.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Team ‘The Alternative’ kuasai pemilihan Umno
- Yang WAJIB Di Tukar Ialah Ketua Bahagian, Bukan Presiden & Timbalan Presiden UMNO
- Makin Kuat RPK Meroyan, Tuduh UMNO Sengaja Kalah PRU 15 Untuk Gulingkan Ismail Sabri
Lelaki yang mengendalikan sebuah klinik untuk merawat pesakit dengan gejala ringan seperti sakit kepala dan demam itu mengakui inflasi serta kenaikan harga barang menyebabkan kewangannya terjejas teruk namun tetap komited untuk menjaga dan mengembangkan keluarganya.
Walaupun terkenal sebagai seorang bapa yang sangat prolifik, Sardar Jan masih ketinggalan berbanding petani dari Ghana, Mzee Musa Hasahya yang mempunyai 102 orang anak dan 568 cucu.
Lelaki Pakistan teruja timang anak ke-60
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- BN Sabah Tarik Sokongan, Kerajaan GRS Sabah Tumbang
- Saingan sengit Naib Presiden Umno
- Sistem kehakiman Malaysia setara Junta Mynmar jika Kes Najiib diadu ke United Nation.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Sepupu Kepada Menantu Muhyiddin Di Reman SPRM
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir , Muhyiddin pasti cari peluang ‘tawan’ UMNO guna Proksi.
- Yang Mana Satu Nazarina, Pengarah Hydroshoppe Tuuu…
- Kluster Pengkhianat Lancarkan Kempen Asal Bukan Zahid Secara Senyap