Resepi Sardin Roll
Resepi Sardin Roll, sesuai untuk minum petang. Resepi doh untuk kulit sardin roll saya ambil dari cara untuk membuat short crust pastry, iaitu butter yang digaulkan bersama tepung sehingga tekstur menjadi seperti serbuk roti. Ketulan butter yang terhasil akan membuatkan doh yang dileper dan digoreng menjadi berongga dan rangup, rasa doh yang menggunakan butter juga sedap. Pastikan doh direhatkan di dalam peti sejuk secukupnya.
Bahan-bahan:
- Bahan untuk pastri:
- 2 cawan tepung gandum
- 70 gram mentega sejuk, potong kiub
- 1/2 sudu kecil garam halus
- 40 ml air sejuk
- 1 biji telur, untuk sapu
- Bahan untuk inti sardin:
- 1 tin kecil sardin
- 3 ulas bawang putih, cincang halus
- 3 biji bawang merah, cincang halus
- 1 biji kentang, potong dadu
- 1 biji bawang besar, potong dadu
- 2 sudu besar cili kisar
- 3 biji cili api, hiris nipis
- 1 sudu besar mayonis
- minyak
- garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:
- Gaulkan tepung gandum, garam dan mentega sehingga sebati dan menjadi tekstur seperti serbuk roti. Tidak mengapa jika ada sedikit ketulan-ketulan kecil mentega.
- Tuangkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
- Balut doh dengan plastik wrap dan masukkan ke dalam peti ais selama 15-30 minit.
- Keluarkan doh dan bahagikan kepada 12 bahagian yang sama besar, uli doh kepada bentuk bebola.
- Gunakan rolling pin atau kayu penguli dan uli doh sehingga menjadi nipis. Sudukan inti sardin secara memanjang dan gulung pastri. Gamkan bahagian hujung dengan telur dan picit di bahagian hujung supaya tidak terbuka.
- Goreng di dalam minyak yang panas, di atas api sederhana sehingga kekuningan.
- Cara untuk memasak inti sardin:
- Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, cili padi dan kacau sehingga pecah minyak.
- Masukkan sardin bersama kuahnya sekali, kacau seketika diikuti kentang. Masak sehingga kentang empuk dan kuah menjadi sedikit kering.
- Masukkan pula bawang besar, garam dan gula dan kacau sebati. Angkat dan sejukkan.
- Hancurkan isi sardin dan gaul bersama mayonis.
Resepi Sardin Roll
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anwar Ibrahim Dan DAP Akan Bermesyuarat Di Ibu Pejabat UMNO Malam Ini
- Pemilihan Umno jadi tumpuan politik negara
- Bolehkah PN menang PRN jika hari-hari KJ kutuk dan kritik Presiden Bersatu dan PAS?
- Mampukah Saki Baki Kluster Pengkhianat Memecat Presiden & Timb Presiden Selepas Pemilihan UMNO?
- Apa Lagi Ismail Sabri Mahu?
- Bawa Reputasi sebagai Perdana Menteri bawah kawalan Muhyiddin sukarkan Ismail Sabri untuk bertanding.
- Ismail Sabri ibarat ‘Rumah siap, pahat berbunyi’
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :