Nahas pesawat ringan di Filipina: Empat terkorban
Nahas pesawat ringan di Filipina: Empat terkorban
MANILA: Pasukan penyelamat Filipina mengesahkan empat orang maut selepas pesawat ringan yang dinaiki mereka terhempas berhampiran gunung berapi aktif pada hujung minggu lalu.
Menurut pihak berkuasa, mangsa termasuk dua warga Australia menaiki pesawat Cessna 340 yang dilaporkan hilang pada pagi Sabtu lalu setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol di Tengah Albay, berhampiran Gunung berapi Mayon.
Datuk Bandar Camalig, Carlos Baldo berkata, pasukan mencari dan menyelamat menemukan bangkai pesawat dan mengesahkan tiada mangsa terselamat daripada nahas itu.
“Kami menjumpai lokasi kejadian dan mendapati tiada tanda-tanda mangsa terselamat,” katanya.
Jelas Baldo, seramai 179 anggota penyelamat terlibat dalam operasi membawa keluar mayat menuruni curam gunung berapi Mayon.
Katanya, pasukan penyelamat berharap agar dapat tiba dengan selamat di pangkalan.
Dalam pada itu, Jabatan Penerbangan Awam Filipina memaklumkan bangkai pesawat ditemukan di sebelah barat gunung berapi pada ketinggian kira-kira 1,070 meter hingga 1,200 meter dari paras laut.
Sementara itu, Syarikat Pembangunan Tenaga Manila mengesahkan pesawat yang terhempas itu milik firmanya.
Jelasnya, warga Australia yang terkorban merupakan perunding teknikal syarikat berkenaan.
Presiden syarikat, Richard Tantoco menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam nahas tersebut. – AFP
Nahas pesawat ringan di Filipina: Empat terkorban
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?