Terung Goreng Kicap Bercili

Terung Goreng Kicap Bercili
Terung Goreng Kicap Bercili

 

Resipi yang Che Nom kongsikan di entry in memang adalah resipi yang sangat mudah tapi cukup membuka selera iaitu Terung Goreng Kicap Bercili. Macam yang selalu saya coretkan, kadang-kadang kita tak perlu bersusah payah dengan resipi panjang berjela untuk menikmati masakan enak bersama keluarga, mudah pun sedap juga 🙂 Ini adalah salah satu cara untuk masak sayur terung, dan bagi sesiapa yang suka pedas, sila lebihkan cili padi.

 

Bahan-bahan:

 



  • 2 biji terung panjang, saiz sederhana
  • 5-10 biji cili padi, hiris halus
  • 3 ulas bawang putih, hiris nipis
  • 1 biji bawang besar. hiris nipis
  • Kicap manis
  • Garam
  • Minyak, untuk menggoreng dan menumis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk memasak:
    1. Potong dadu terung tapi jangan terlalu kecil. Gaulkan dengan sedikit garam dan ketepikan.
    2. Panaskan minyak dalam anggaran 2 cawan dan goreng terung separuh masak. Jangan sampai lembik. Goreng berperingkat sehingga selesai.
    3. Kurangkan minyak dalam anggaran 1 senduk. Tumis bawang besar dan cili padi sehingga naik bau. Kemudian masukkan bawang putih dan diikuti terung yang digoreng tadi. Masukkan pula kicap pekat. Jika anda suka berkuah, lebihkan kicap.
    4. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas.

 

Tip:

 



  • Bawang putih dimasukkan agak lambat sedikit kerana jika digoreng agak lama ia mudah hangus dan memberikan rasa pahit yang tidak enak.

Resepi Sambal Terung Ikan Bilis

Terung Goreng Kicap Bercili


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button