Lelaki anak 7 kena ‘bantai’ merungut berhabis RM3,000 sebulan makan Menu Rahmah
Macam ni JKM pun tak sanggup bela!
Lelaki anak 7 kena ‘bantai’ merungut berhabis RM3,000 sebulan makan Menu Rahmah
IBARAT diberi betis hendak paha.
Begitulah gambarannya mengenai sikap segelintir individu yang mempertikaikan inisiatif Menu Rahmah biarpun ia dijual pada harga serendah RM5.
Di laman Facebook, seorang lelaki berkongsi rasa tidak puas hati apabila mendakwa konsep menu tersebut memakan belanja yang besar buat keluarganya.
“Saya, isteri dan tujuh orang anak. Sekali pergi makan Menu Rahmah RM45 sehari. Sehari dua kali makan… jadi RM90.
“Nak pergi kedai kena minyak kereta lagi RM20. Jadi jumlah RM110 sehari. Sebulan RM3,300. Tu makan saja,” ujarnya.
Namun perkongsian secara terbuka oleh individu berkenaan nampaknya ‘memakan diri’ apabila dia teruk dihentam oleh netizen.
Nak pergi kedai kena minyak kereta lagi RM20. Jadi jumlah RM110 sehari. Sebulan RM3,300.
KETUA KELUARGA
Selain digelar tidak bersyukur, netizen turut menempelak lelaki itu dan meminta isterinya untuk memasak di rumah sekiranya mereka mahu menjimatkan kos.
“Dah tau sembilan mulut mahu makan, masak la di rumah. Kenapa nak makan Menu Rahmah di kedai setiap hari sampai dua kali sehari? RM90 boleh beli lauk untuk dua minggu.
“Adoi bang. Anak dah sampai tujuh masih makan luar hari-hari ke? Masak la bang. Lagi jimat. Satu keluarga boleh tolong-menolong masa masak.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Letak jawatan tidak jadikan Wan Saiful ‘bersih’
- Skandal Jana Wibawa: Rupanya Ramai Kontraktor Cina Mendapat Taraf Bumiputera Di Era PN
- Parlimen Di Maklumkan Siasatan SPRM Ke Atas Nazlan Sudah Lengkap
- Apa agak nya dalil PAS mahu terus subahat dengan Parti Penyakau?
“Kalau dah hari-hari kau satu keluarga mencekik kat luar, bukan kata Menu Rahmah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pun tak sanggup nak bela.
“Tauke lembu pun muflis kalau dua kali sehari makan kedai hari-hari sembilan beranak,” tulis beberapa netizen.
Dalam pada itu, beberapa individu turut menyokong kenyataan lelaki berkenaan dan menggesa kerajaan menurunkan kos barang mentah sebagai penyelesaian jangka panjang.
“Aku faham je maksud pakcik ni. Mungkin maksud dia apa kata kerajaan ambil pendekatan turunkan harga barang mentah.
“Saya tak terfikir yang Menu Rahmah tu boleh menjimatkan. Lebih baik saya beli ayam seekor RM20, sayur RM10, telur satu papan… Cukup untuk masak lima hari dengan harga RM100,” tulis pelayar Facebook.
Selain komen-komen panas di group Facebook B40 Buat Perangai Apa Harini, posting berkenaan turut tular selepas ia dikongsi ke laman Twitter.
Untuk rekod, Menu Rahmah yang dilancarkan pada 31 Januari lalu merupakan program pemakanan yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Tujuan ia dilancarkan bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat terutama miskin tegar dan golongan B40 yang mana makanan siap dimasak ditawarkan pada harga munasabah iaitu RM5.
Konsep Menu Rahmah ialah hidangan tengah hari atau malam yang seimbang nutrisi, lengkap dengan karbohidrat, sumber protein dan sayuran.
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best
Lelaki anak 7 kena ‘bantai’ merungut berhabis RM3,000 sebulan makan Menu Rahmah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Adakah Muhyiddin Akan Letak Jawatan Presiden PPBM & Pengerusi PN Jika Di Dakwa?
- Dr Akmal Saleh ; calon Ketua Pemuda Umno
- Wan Rosdy tanding Naib Presiden Umno
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Salam RM92.5 Bilion: Lapuran Audit Dedahkan Lagi Skandal Kerajaan PN Best