Anwar tokoh pertama bertemu Presiden China dilantik semula
Anwar tokoh pertama bertemu Presiden China dilantik semula
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China melakar sejarah apabila menjadi tokoh asing pertama bertemu presiden negara itu, Xi Jinping yang baru dilantik semula bagi penggal ketiga.
Presiden ketujuh dan selaku Setiausaha Agung Parti Komunis China itu menggantikan Hu Jintao sejak 2013, dipilih semula ketika Kongres Nasional Rakyat Ke-14 pada 10 Mac lalu.
Menurut kenyataan Wisma Putra, ini juga merupakan kunjungan sulung beliau ke China sejak menyandang ketua kerajaan Malaysia ke-10 dan turut menjadi pemimpin luar pertama berjumpa Perdana Menteri China, Li Qiang.
Mengulas lanjut, Wisma Putra berkata, lawatan Anwar bermula hari ini sehingga Sabtu ini juga diiringi Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan pegawai kanan kerajaan membincangkan pelbagai isu strategik dengan Jinping termasuk pengukuhan hubungan dua hala pasca wabak Covid-19.
Anwar juga akan menerima kunjungan hormat Pengerusi Kongres Nasional Rakyat, Zhao Leji yang bakal menyentuh usaha pengukuhan peranan parlimen kedua-dua negara itu.
Seterusnya, Perdana Menteri bertemu rakan sejawatnya yang akan memberi peluang bagi membincangkan kerjasama pragmatik dan merangkumi banyak bidang berkepentingan termasuklah perdagangan dan pelaburan, teknologi tinggi, ekonomi digital, pengajian tinggi, pemulihan pasca pandemik dan aspek keterjaminan makanan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Sultan Johor Beri Mesej Yang Jelas Supaya Mahathir Tidak Di Kecualikan Dari Hukuman
- PM Malaysia yang paling disayangi dan dihormati oleh Arab Saudi adalah Najib Razak.
- Ahmad Maarop jauh lagi layak berbanding Tengku Maimun
- Bebaskan Najib, Pecat Mat Sabu , Mungkin Hubungan Malaysia dengan Arab Saud pulih sepenuh nya.
“Perdana Menteri turut menyampaikan syarahan di Universiti Tsinghua, Beijing, sebuah institusi pengajian tinggi awam tersohor China yang diasaskan pada 1911 lalu,” jelasnya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Anwar akan juga pergi ke Hainan bagi menghadiri Persidangan Tahunan Forum Boao Bagi Asia 2023 yang disertai 25 negara dan berucap pada sesi pembukaan pleno.
Seperti kelaziman setiap kali lawatan Perdana Menteri ke luar negara, beliau turut akan bertemu diaspora Malaysia dan ahli perniagaan menerusi sesi libat urus bersama sekali gus mengukuhkan kerjasama ekonomi dan kemasukan lebih banyak potensi pelaburan luar ke Malaysia.
Secara kebetulan, lawatan bersejarah itu diadakan bersempena sambutan ulang tahun ke-10 pemeteraian Perkongsian Strategik Komprensi Malaysia dan China.
“Pencapaian signifikan itu merupakan bukti hubungan kukuh dua hala dan berkekalan berteraskan sikap saling hormat, kepercayaan dan kepentingan bersama,” katanya.
Malahan sejak 2009, China ialah rakan dagangan global terbesar Malaysia dan tahun lalu, nilai perdagangan mencecah RM487 bilion iaitu peningkatan 15 peratus daripada 2021. – UTUSAN
Anwar tokoh pertama bertemu Presiden China dilantik semula
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Merosakkan Integriti Badan Kehakiman, Kenapa Hakim Nazlan Belum Di Dakwa
- Berapa kekayaan sebenar Tun Daim?
- “Macam Bagi Kucing Je YB” – Hanafiah Mat Dikritik
- Tiada Perdana Menteri yang Mahathir tidak bergaduh
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Di dalam artikel ini, kami akan mencadangkan jenis bisnes yang anda boleh melakukan serta kebaikan perniagaan dalam talian.