Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin

Suami larang tapi mahu lunas janji

Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin

Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin
Ayu tetap bertenaga meskipun baru tiga hari melahirkan anak keempat.

KEMUNCULAN Ayu Damit menghiburkan tetamu sempena Majlis Anugerah Media Pembinaan CIDB yang berlangsung pada malam Isnin mencuri perhatian.

Mana tidaknya, Ayu baru sahaja bersalin anak keempat pada 2 Disember lalu namun masih kelihatan lincah ketika menyampaikan tiga buah lagu termasuk Hanya Di Mercu yang bernada tinggi.

Tetamu kagum dengan kemantapan vokal Ayu dan ada pula bimbang dengan kesihatannya memandangkan baru tiga hari melahirkan anak keempatnya.



Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin
Ayu kini dalam tempoh berpantang selepas bersalin anak keempat.

Sedar ramai bimbang dengan keadaannya, Ayu atau Norayu Damit, 33, menjelaskan dia tetap muncul kerana sudah berjanji selain tidak menyangka akan bersalin lebih awal berbanding tarikh jangkaan.

“Job itu sudah ‘lock’ awal dan saya pun tak sangka akan bersalin awal. Selepas ini (sepanjang tempoh berpantang) tiada lagi sebab saya sudah tolak semua tawaran.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pengampunan Najib: Siapa Tipu Siapa?




“Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur dan sebab itu saya pergi juga,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Ayu berkata, suaminya Syed Fauzi Syed Baharuddin pada awalnya melarang dia meneruskan persembahan namun memberi izin selepas melihat dia dalam keadaan baik.

Jelas Ayu, ini bukan kali pertama dia membuat persembahan ketika sedang berpantang dan bersyukur tiada perkara mudarat berlaku kepada kesihatannya.

Saya kena bertanggungjawab sebab jika mahu batal dan cari pengganti mungkin akan menyusahkan penganjur AYU DAMIT PENYANYI

“Suami larang bukan hanya sebab saya baru bersalin tetapi kami juga sudah lapan tahun tiada anak kecil, jadi dia agak bimbang.



“Syukur semuanya berjalan lancar. Saya pun cuba untuk tidak terlalu banyak bergerak dan ringkaskan persembahan.

“Ini bukan kali pertama saya menyanyi dalam tempoh berpantang dan selepas selesai tugas saya terus pulang,” jelasnya.

 

Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin
Ayu tolak beberapa tawaran menyanyi selepas bersalin.

Pada 2 Disember lalu, Ayu mengumumkan selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya, Selangor.



Bayu perempuan seberat 2.3 kilogram ini dilahirkan secara normal pada pukul 1.21 pagi.

Ayu Damit buat persembahan selepas 3 hari bersalin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading