ASM 3 agih pendapatan 4.50 sen seunit

ASM 3 agih pendapatan 4.50 sen seunit

ASM 3 agih pendapatan 4.50 sen seunit
ASNB mengumumkan pengagihan pendapatan ASM 3 sebanyak 4.50 sen seunit. FOTO NSTP.

Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB) mengumumkan pengagihan pendapatan untuk dana harga tetapnya, Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) 4.50 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2023.

PNB menerusi kenyataan berkata, ASM 3 mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM681.96 juta yang akan memanfaatkan 563,460 pemegang unit yang kini memiliki 15.2 bilion unit.

Katanya, pengagihan pendapatan sebanyak 4.50 sen seunit mengatasi penanda aras pulangan Deposit Tetap 12 Bulan Maybank pada paras 2.86 peratus sebanyak 164 mata asas bagi tahun kewangan sehingga 27 September 2



“Pendapatan untuk ASM 3 diperoleh daripada keuntungan yang direalisasikan, dividen, serta pendapatan lain daripada pelaburan domestik dan antarabangsa.

“ASM 3 merekodkan RM653.88 juta pendapatan bersih terealisasi dan dana itu juga meneruskan strategi kepelbagaiannya sementara pasaran ekuiti tempatan mendapat manfaat daripada lonjakan keyakinan oleh pelabur asing dan pasaran global mengalami pulangan positif daripada revolusi Kecerdasan Buatan (AI) generatif.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS sudah berstatus Parti “PERASUAH”  




“Pengiraan pengagihan pendapatan untuk ASM 3 adalah berdasarkan purata baki bulanan minimum yang dipegang sepanjang tahun kewangan dana terbabit,” katanya.

Selain itu, pengagihan yang diisytiharkan oleh ASM 3 akan dilaburkan semula secara automatik sebagai unit tambahan ke dalam akaun pemegang unit pada 1 Oktober 2023.

Urus niaga ASM 3 di semua cawangan dan ejen ASNB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, ditangguhkan buat sementara waktu dari 27 hingga 30 September 2023.

Pemegang unit boleh melakukan semula urus niaga di portal myASNB (www.myasnb.com.my), atau melalui aplikasi mudah alih myASNB pada 1 Oktober 2023, atau di mana-mana cawangan atau ejen ASNB di seluruh negara bermula 2 Oktober 2023.



ASM 3 agih pendapatan 4.50 sen seunit


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gagal Tebuk Atap Di Putrajaya, PAS Cuba Di Pahang Pula




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading