Wanita masih bernyawa ketika dimasuk ke dalam beg mayat

Wanita masih bernyawa ketika dimasuk ke dalam beg mayat

Wanita masih bernyawa ketika dimasuk ke dalam beg mayat
NORMA Silveira da Silva.

Brasilia: Menggemparkan apabila kakitangan sebuah bilik mayat di Brazil, baru-baru ini, mendapati wanita berusia 90 tahun masih hidup selepas beberapa jam dia dilaporkan meninggal dunia.

The Sun melaporkan, Norma Silveira da Silva tercungap-cungap apabila kakitangan itu menemuinya di dalam beg mayat.

Wanita itu sebelumnya disahkan meninggal dunia di Hospital Wilayah Sao Jose di Brazil.



Melihat keadaan Norma, kakitangan bergegas membawanya kembali ke hospital, namun wanita itu meninggal dunia sehari kemudian.

Rakan dan penjaga Norma, Jessica Martins Silvi Pereira, 30, berkata, keluarga itu merancang untuk menyaman hospital.

“Ia adalah satu kes pengabaian yang saya harap tak berlaku kepada sesiapa

“Apabila membuka beg itu, dia (Norma) bernafas dengan sangat lemah.



“Maksud saya, dari jam 11.40 malam hingga 1.30 pagi, dia berada di dalam beg,… hampir mati sesak nafas,” katanya.

Sijil kematian kedua Norma, dilihat oleh media tempatan, menunjukkan Normo meninggal dunia akibat sepsis sebagai tindak balas maut kepada jangkitan.

Sepsis menjejaskan 245,000 orang di United Kingdom (UK) setiap tahun.

Ia berpunca daripada sistem imun badan menyerang organ dalaman dan kadangkala membawa kepada renjatan septik yang boleh membawa maut.



Doktor pada mulanya menyenaraikan jangkitan sebagai punca kematian pada sijil kematian pertamanya.

Wanita masih bernyawa ketika dimasuk ke dalam beg mayat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Zionis Yahudi Semakin Mengganas Selepas Gencatan Senjata



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button