Kelab Eropah gesa Arab Saudi disiasat

Kelab Eropah gesa Arab Saudi disiasat

Kelab Eropah gesa Arab Saudi disiasat
Gabenor Saudi Public Investment Fund (PIF), Yasir Al-Rumayyan. – Foto AGENSI

LONDON: Beberapa kelab bola sepak Eropah menuntut siasatan dilakukan ke atas Arab Saudi yang berminat mendapatkan pemain-pemain Chelsea dan Wolves.

Bintang Chelsea, Hakim Ziyech dan Romelu Lukaku, serta kapten Wolves, Ruben Neves antara pemain terbaru yang dilaporkan mendapat tawaran lumayan untuk bermain di Liga Pro Saudi.

Kelab-kelab Eropah mula mempersoalkan usaha mendapatkan pemain-pemain itu ketika Chelsea dan Wolves sedang cuba memastikan mereka tidak melanggar peraturan Fair Play Kewangan (FFP).



Chelsea perlu segera mengurangkan perbelanjaan skuad mereka bagi menepati peraturan FFP selepas berbelanja 600 juta pound (RM3.55 bilion) dalam dua jendela perpindahan lalu.

Wolves juga akan dapat memenuhi tuntutan FFP jika melepaskan Neves dalam perjanjian bernilai 47 juta pound (RM277.66 juta).


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Lebai Jasin Penunggang Agama Dan Perlembagaan




“PIF (Saudi Public Investment Fund) mempunyai banyak pelaburan di seluruh dunia dan mereka perlu membuktikan yang ia tidak membabitkan konflik kepentingan dengan pembelian pemain-pemain sudah berusia.

“Lihat bagaimana kelab-kelab menggunakan Saudi pada musim panas ini di seluruh Eropah bagi memenuhi tuntutan FFP. Ia menimbulkan persoalan apabila PIF mempunyai kepentingan dalam kedua-dua kelab yang menjual dan membeli pemain,” kata salah sebuah kelab Eropah.

Perbelanjaan besar itu diterajui oleh PIF yang memiliki 80 peratus saham kelab Liga Perdana Inggeris, Newcastle.

Yasir Al-Rumayyan adalah gabenor PIF dan juga pengerusi Newcastle.



PIF juga adalah pelabur utama dalam pemegang saham terbesar Chelsea, Clearlake Capital.

Pemilik bersama Chelsea, Todd Boehly dilaporkan bertemu presiden Al-Hilal, Fahd Nafel di Arab Saudi pada awal bulan ini.

Turut bersama dalam pertemuan itu adalah jutawan Saudi, Putera Al-Waleed Talal, penyokong Al-Hilal yang menjual sahamnya dalam firma pelaburan kepada PIF tahun lalu. – AGENSI

Kelab Eropah gesa Arab Saudi disiasat

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Isham Jalil Saran kerajaan  tubuh tribunal kehakiman  siasat  Hakim  “National Enbarrassment”



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button