‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’

‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’

'Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar'
Pemilik kedai runcit, Safuan Mohd Nordin, 33, sayu melihat keadaan premisnya yang musnah dalam kebakaran di Kampung Teliar, awal pagi tadi. – Foto NSTP/Siti Rohana Idris

PASIR MAS: “Saya sangkakan letupan kuat yang didengari adalah bunyi bom atau kemalangan jalan raya tapi rupanya kebakaran kedai runcit di hadapan rumah,” kata Norhaslina Mohd Noor, saksi kejadian di Kampung Teliar, pagi tadi.

Norhaslina, 36, berkata keluarganya terkejut dari tidur apabila terdengar letupan akibat kebakaran itu kira-kira jam 4.10 pagi tadi.

“Saya terus keluar untuk melihat apa yang berlaku dan sangat terkejut mendapati kedai runcit di hadapan rumah sedang terbakar dengan keadaan api sedang marak.



“Saya mengarahkan semua ahli keluarga keluar kerana bimbang api merebak dan dalam masa yang sama takut berlaku letupan lagi, berkemungkinan daripada gas peti ais dalam premis itu,” katanya ditemui hari ini.

Pemilik kedai runcit, Safuan Mohd Nordin, 33, berkata seorang rakan datang ke rumah memaklumkan premis yang diusahakannya sejak lima tahun lalu sedang terbakar.

“Saya baru perasan ada banyak panggilan tidak berjawab yang mungkin ingin memberitahu mengenai kejadian itu.

“Saya segera ke kedai runcit kira-kira dua kilometer dari rumah dan sangat terkejut dengan musibah yang menimpa.



“Kerugian dianggarkan sekitar RM50,000 termasuk lapan peti ais dan peti sejuk beku yang musnah dalam kebakaran itu,” katanya.

Sementara itu Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Bharu, Nazah Nafi, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.23 pagi.

“Kebakaran dapat dipadam sepenuhnya jam 6.15 pagi dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

‘Ingatkan bunyi bom, rupanya kedai runcit terbakar’




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading