Shop Channel, SukeShop SUKETV perluas pasaran di Thailand, Malaysia

Shop Channel, SukeShop SUKETV perluas pasaran di Thailand, Malaysia

Shop Channel, SukeShop SUKETV perluas pasaran di Thailand, Malaysia
Shop Channel, SukeShop SUKETV perluas pasaran di Thailand, Malaysia

Bangkok: Shop Channel, platform e-dagang terkemuka di Thailand, dan SukeShop SUKETV, sebuah platfom beli-belah atas talian yang terkenal di Malaysia, dengan sukacitanya mengumumkan kerjasama mereka untuk membangunkan pasaran e-dagang di rantau Asia Tenggara.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, kerjasama itu bertujuan untuk menyediakan pelanggan di Thailand dan Malaysia dengan pelbagai produk dan perkhidmatan yang lebih luas.

Sebagai sebahagian daripada kerjasama itu katanya, Shop Channel akan memberikan akses kepada pelanggannya di Thailand dengan pelbagai produk fesyen dan kecantikan daripada SukeShop SUKETV, termasuk produk selebriti tempatan Malaysia seperti Dynas, Salina Saibi, Atilia Haron, Saby Rose dan lain-lain.

Demikian juga, pelanggan SukeShop SUKETV di Malaysia akan dapat membeli produk popular Shop Channel seperti perhiasan, fesyen pakaian, kraftangan tradisional, dan produk kecantikan.



“Kami gembira untuk bekerjasama dengan SukeShop SUKETV dengan memudahkan pembeli dan mempelbagaikan pilihan produk baru kepada pelanggan kami di Thailand.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN


“Kerjasama ini akan membolehkan kami memperluaskan lagi penawaran produk kami dan memberikan pelanggan kami akses kepada produk terbaik dari Malaysia,” kata Ketua Eksektutif Shop Channel, Sorchote Ambhanwong.



Sementara itu, Pengasas dan Pengerusi SukeShop SUKETV, Datuk AC Mizal pula berkata, pihaknya sangat bersemangat untuk berkolaborasi dengan Shop Channel bagi memberikan pelanggan kami di Malaysia pelbagai produk dari Thailand.

Selain itu, di bawah SukeShop kami mempunyai produk selebriti yang pelbagai dan kami gembira dapat membantu dengan menyediakan platform yang lebih luas bagi selebriti Malaysia.

“Kerjasama ini adalah peluang yang baik bagi kami untuk mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran e-dagang Asia Tenggara.

“Kerjasama antara Shop Channel dan SukeShop SUKETV dijangka memberi manfaat kepada kedua-dua syarikat, serta pelanggan di Thailand dan Malaysia. Dengan kerjasama ini, pelanggan akan mempunyai akses kepada pelbagai produk, dan kedua-dua syarikat ini akan dapat memperluas jangkauan dan meningkatkan pangsa pasaran mereka di rantau ini,” katanya.



Shop Channel, SukeShop SUKETV perluas pasaran di Thailand, Malaysia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Muhyiddin Terpaksa Menghadap Mahathir Untuk Membendung Penguasaan PAS Dalam PN

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading