Wang motif pembunuhan tiga lelaki Sri Lanka

Wang motif pembunuhan tiga lelaki Sri Lanka

Wang motif pembunuhan tiga lelaki Sri Lanka
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, Kuala Lumpur.. – Foto NSTP/Hairul Anuar Rahim

KUALA LUMPUR: Wang dan hutang dipercayai menjadi motif utama pembunuhan tiga lelaki warga Sri Lanka di sebuah rumah sewa di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, Sentul di sini, pada 22 September lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, berkata siasatan berkait kes itu sudah selesai dengan empat suspek utama sudah dituduh di mahkamah hari ini termasuk seorang suspek yang meninggal dunia di lokap, sebelum ini

Menurutnya, motif utama pembunuhan ini ada kaitan dengan wang namun enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai butirannya.



“Ia ada kaitan dengan wang, bayaran, hutang dan sebagainya. Empat suspek semuanya warga Sri Lanka sudah dituduh di mahkamah pagi tadi ini iaitu pasangan suami isteri yang ditahan pada hari pertama dan dua lagi suspek terakhir yang ditahan.

“Keseluruhan lapan suspek ditahan dalam kes ini, namun empat lagi suspek yang ditahan kerana melindungi dua suspek utama sebelum ini dibebaskan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA




Mengulas lanjut, beliau berkata walaupun seorang suspek yang dituduh pada hari ini sudah meninggal dunia ketika dalam tahanan reman di Lokap Berpusat Jinjang IPD Sentul pada 30 September, namanya tetap disebut sebagai seorang yang dituduh di mahkamah.

Mengenai pembunuhan itu, Allaudeen berkata bedah siasat mendapati ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat lemas.

“Pemeriksaan tidak menemui sebarang kesan penderaan pada tubuh badan ketiga-tiga mangsa.

“Semua tiga mangsa diikat bersama dan kepala masing-masing diserkup dengan plastik, itu yang menjadi punca kematian mereka,” katanya.



Dalam kejadian jam 11 malam itu, polis menemui mayat ketiga-tiga mangsa di aras dua rumah kedai empat tingkat di Jalan Perhentian, Kampung Kovil, Sentul.

Polis menerima aduan orang awam yang mendengar jeritan dan bunyi bising, disyaki berlakunya pergaduhan.

Polis kemudian menemui tiga mayat dalam keadaan bertindan, dengan seorang daripadanya adalah anak pasangan suami isteri warga Sri Lanka terbabit.

Wang motif pembunuhan tiga lelaki Sri Lanka


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Terbukti Perjuangan PAS Untuk Kuasa Bukan ABATA

 

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading