Lelaki parah jatuh dari tingkat 2 bangunan

Lelaki parah jatuh dari tingkat 2 bangunan

Lelaki parah jatuh dari tingkat 2 bangunan
Pasukan bomba membantu mangsa yang terjatuh dari tingkat dua ke atas bumbung sebuah bangunan di Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

KOTA KINABALU: Seorang lelaki parah selepas terjatuh dari tingkat dua ke atas bumbung sebuah bangunan di Jalan Sulaman, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 22 tahun yang patah di bahagian pinggang dan kaki kanan kemudian dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Ordine Gilu, berkata terdahulu, sepasukan anggota bersama jentera dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan jam 10.34 pagi.



Katanya, sebaik tiba, terdapat seorang lelaki terjatuh dari tingkat dua ke atas bumbung parkir di bangunan berkenaan.

“Tindakan pasukan bomba mengambil mangsa dengan menggunakan tali dan ‘Junkin Strecher’ lalu menaikkan mangsa ke tingkat satu bangunan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Beliau berkata, mangsa diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan mendapati mangsa patah di pinggang dan kaki kanan.

Katanya, mangsa seterusnya dibawa turun dan diserahkan ke pihak ambulans untuk dihantar ke hospital rawatan lanjut.

Lelaki parah jatuh dari tingkat 2 bangunan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button