Doa termakbul jasad Amrullah, Najmi ditemui akhirnya

Doa termakbul jasad Amrullah, Najmi ditemui akhirnya

Doa termakbul jasad Amrullah, Najmi ditemui akhirnya
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat. – Foto NSTP/ Nik Abdullah Nik Omar

TUMPAT: Mayat lelaki dan kanak-kanak yang dilaporkan hilang petang kelmarin selepas terjatuh

dari bot ditemui terapung di Sungai Kelantan di Kampung Pasir Pekan Hulu, hari ini.

Mangsa, Amrullah Fitri Afendi, 10, ditemui jam 8.15 pagi tadi dalam jarak 900 meter dari pusat kawalan tempat kejadian (PKTK) manakala bapa saudaranya, Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, pula di bawah jambatan Sultan Yahya Petra, tidak jauh dari mangsa pertama dijumpai.



Ketua Polis Daerah Tumpat, Asisten Komisioner Amran Dolah, berkata jasad kedua-dua mangsa ditemui terapung sebelum diselamatkan pihak berkuasa.

“Mayat kanak-kanak lelaki ditemui di tebing sungai manakala bapa saudaranya pula di tengah sungai iaitu bawah jambatan dengan jarak kira-kira 1.1 kilometer dari PKTK.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Tumpat untuk proses bedah siasat dan misi mencari serta menyelamat ditamatkan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Afendi, 43, berkata, sejak kehilangan kedua-dua ahli keluarganya itu, solat hajat tidak henti dibuat sama ada membabitkan keluarga, penduduk kampung atau sekolah anaknya itu.

“Laungan azan juga sentiasa dibuat di tebing sungai dengan harapan Abang Ngah (Amrullah) dan Najmi ditemukan walau dalam apa jua keadaan.

“Doa kami akhirnya termakbul apabila pagi ini mereka berdua ditemui selepas kelihatan terapung di permukaan sungai dalam jarak yang tidak jauh antara satu sama lain.



“Kami reda menerima takdir ini, walau ditemukan dalam keadaan tidak bernyawa, sekurang-kurangnya mereka berdua ada pusara,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Afendi berkata, dia dan isteri, Wan Norhasliza Wan Taib, 41, reda dengan kehilangan satu-satunya anak lelaki mereka dan jenazah akan disemadikan di kampung mereka iaitu Tanah Perkuburan Islam Kampung Patek, Kadok, Kota Bharu.



Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 petang kelmarin, enjin bot yang dinaiki sepasang suami isteri, Nor Awadah Sulong, 30, dan Wan Muhamad Najmi Wan Taib, 30, anak perempuan mereka, Wan Nur Ameena Wan Muhamad Najmi, 14 bulan serta anak saudara, Amrullah Fitri Afendi, 10, tiba-tiba mati menyebabkan tiga daripada mereka terpelanting dan terjatuh ke dalam sungai.

Nor Awadah ditemui lemas manakala suami dan anak saudaranya masih hilang dan anak perempuannya pula selamat.

Jenazah Nor Awadah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kutan Sungai, petang semalam manakala Najmi juga akan disemadikan bersebelahan pusara isterinya sebaik selesai bedah siasat.

Doa termakbul jasad Amrullah, Najmi ditemui akhirnya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading