AS, Russia sokong PBB gesa hentikan ketegangan di Tebing Barat

AS, Russia sokong PBB gesa hentikan ketegangan di Tebing Barat

AS, Russia sokong PBB gesa hentikan ketegangan di Tebing Barat
KENDERAAN berperisai pasukan keselamatan Israel mengadakan serbuan di Jenin di Tebing Barat minggu lalu.-AFP

NEW YORK: Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa Israel dan Palestin supaya mengelakkan sebarang tindakan yang boleh meningkatkan lagi ketegangan di Tebing Barat.

Kenyataan itu disokong oleh Amerika Syarikat (AS) dan Russia dalam mencerminkan kebimbangan antarabangsa terhadap keganasan yang semakin meningkat terutamanya oleh tentera dan peneroka Israel.

Ahli majlis PBB menyeru agar usaha mengekang dan menggalakkan langkah tambahan dibuat bagi memulihkan keamanan yang berpanjangan dan meredakan ketegangan di wilayah bergolak itu.



Wakil PBB ke Asia Barat, Tor Wennesland memberi amaran, langkah tegas perlu diambil segera berikutan terdapat risiko besar keadaan bakal bertambah buruk dan mengorbankan lebih banyak nyawa.

Menurut Wennesland, beliau amat bimbang dengan tahap keganasan peneroka Israel yang semakin melampau apabila mula menyerang dan mencetus kekecohan di perkampungan penduduk Palestin menggunakan senjata api dengan sokongan daripada kumpulan tentera.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Ularmak’ PAS anggap pengundi Yahudi dan Nasrani?




Sekurang-kurangnya 137 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan tentera dan peneroka Israel di Tebing Barat sepanjang tahun ini.

AS yang merupakan sekutu terdekat Israel, menyokong kenyataan PBB dan Timbalan Duta Besar AS, Robert Wood memberitahu majlis itu bahawa pentadbiran Biden turut berkongsi kebimbangan Wennesland.

Terdapat juga kritikan meluas ahli majlis PBB terhadap rancangan kerajaan sayap kanan Israel untuk membina lebih 5,000 rumah baharu di Tebing Barat dan mempercepatkan kelulusan pendudukan haram itu.

Wennesland turut memberi amaran, pendudukan haram Israel menyemarakkan lagi keganasan dan menghalang akses penduduk Palestin kepada keperluan asas di tanah air mereka.



Duta Besar Russia ke PBB, Vassily Nebenzia turut menyatakan kebimbangan serius terhadap keganasan yang semakin meningkat terutama ketika serbuan Israel pada 19 Jun lalu di Kem Pelarian Jenin yang membunuh tujuh rakyat Palestin.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN


Nebenzia memberi amaran bahawa keadaan akan kekal tegang sehingga rundingan mengenai penyelesaian dua negara disambung semula



Beliau mengulangi gesaan Russia untuk mengadakan pertemuan dengan Liga Arab dan negara-negara jiran bagi memberi dorongan terhadap rundingan berkenaan yang sudah lama terhenti.-AP

AS, Russia sokong PBB gesa hentikan ketegangan di Tebing Barat


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kerana rasuah PAS hilang kerusi Parlimen Kuala Terengganu.




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading