Biarlah aku mati

Biarlah aku mati

Biarlah aku mati
Azlina Ahmad Azmi, 43, menunjukkan foto anaknya, Mohamad Riskie Asraf Mohd Reduan, 9, yang ditemukan lemas dalam kawasan takungan air tidak jauh dari rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini. – Foto NSTP/SIti Rohana Idris

KOTA BHARU: “Sejak sebulan kebelakangan ini, Boboy sering berkata biarlah dia mati jika ditegur perangainya yang agak berubah,” kata ibu mangsa lemas, Azlina Ahmad Azmi.

Azlina, 43, berkata, anaknya, Mohamad Riskie Asraf Mohd Reduan, 9, yang mesra dipanggil Boboy menjadi agak pendiam sedangkan anak lelaki tunggalnya itu seorang yang ceria.

Dia berkata, rupanya itu adalah petanda anak keenam dari lapan beradik itu pergi meninggalkan mereka sekeluarga selepas ditemukan lemas dalam kawasan takungan air yang hanya berjarak 100 meter dari rumahnya jam 6.53 petang semalam.



“Selain sering memberitahu pasal kematian, Boboy juga sempat meminta maaf dari neneknya yang juga ibu mentua saya yang tinggal di Gong Dermin ketika mengunjunginya kelmarin.

“Boboy memberitahu itu kali terakhir dia datang ke rumah neneknya dan kami menyangka dia bergurau kerana perangainya yang suka menyakat,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Derdap, Limbat, di sini, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BERSATU makin lemah, Bukit Gantang sokong PMX




Ketika kejadian petang semalam, dia baru pulang dari tempat kerja dan dalam perjalanan memasuki pekarangan rumah, dia ternampak Mohamad Riskie Asraf bersama seorang rakannya di sekitar kawasan takungan itu.

Azlina berkata, biasanya sebaik melihat kelibat kereta yang dinaikinya memasuki pekarangan rumah, anaknya itu akan segera pulang tapi tidak lama kemudian, dia didatangi jiran yang memberitahu kanak-kanak itu lemas.

“Saya dan ahli keluarga segera ke lokasi kejadian dan beberapa orang penduduk sekitar terjun ke tempat takungan air itu cuba mencari Boboy tapi gagal sebelum jasad anak saya dijumpai anggota bomba,” katanya.

Mayat Mohamad Riskie Asraf ditemui pada kedalaman 1.8 meter oleh anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis manakala proses bedah siasat dijalankan di Unit Forensik Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang Kerian.



Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Derdap, jam 10 pagi tadi.

Sementara itu, bapa saudara mangsa, Ahmad Afiq Aiman Ahmad Azmi, 9, yang juga saksi kejadian berkata, dia dalam perjalanan ke kedai tidak jauh dari lokasi kejadian dan ternampak anak saudaranya itu sedang bermain air bersama rakannya.

Dia berkata, tidak lama kemudian, Mohamad Riskie Asraf terjun ke dalam takungan air itu sebelum dilihat tenggelam timbul sambil tangannya terkapai-gapai.

“Saya terus berlari ke kedai dan memberitahu pekerjanya yang anak saudara saya lemas sebelum semakin ramai penduduk kampung tiba untuk cuba menyelamatkannya tapi gagal,” katanya.



Biarlah aku mati

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Akhirnya Muhyiddin Tunduk Kepada PAS



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading