8 rakyat Sarawak dipaksa sindiket jadi ‘scammer’ di Myanmar

8 rakyat Sarawak dipaksa sindiket jadi ‘scammer’ di Myanmar

8 rakyat Sarawak dipaksa sindiket jadi 'scammer' di Myanmar
Mohd Azman pada sidang Media di IPK Sarawak, hari ini. – NSTP/NADIM BOKHARI

KUCHING: Polis menerima tiga laporan mengenai lapan rakyat Sarawak dipercayai menjadi mangsa sindiket jenayah penipuan tawaran pekerjaan di luar negara.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, berkata satu daripada laporan itu diterima di Sibu membabitkan lima mangsa; satu laporan di Tanjung Manis, Mukah membabitkan dua mangsa; dan satu laporan di Julau membabitkan seorang mangsa.

Mohd Azman berkata, berdasarkan laporan dibuat ahli keluarga individu terbabit, mangsa dikatakan diperdaya untuk bekerja di pusat panggilan sindiket penipuan dalam talian di Myanmar.



“Semua mangsa adalah lelaki berusia antara 25 hingga 35 tahun. Mereka dikatakan terperdaya selepas tertarik dengan tawaran kerja di Thailand dengan gaji antara RM3,000 hingga RM6,000 sebulan, melalui iklan yang tidak menyatakan pekerjaan apa di laman sosial Facebook.

“Selepas menerima tawaran itu, ejen menyediakan tiket serta menguruskan pasport mereka untuk ke Thailand,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak, hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rakyat Kelantan Ibarat Menang Sorak Kampung Tergadai




Berdasarkan maklumat diterima daripada ahli keluarga mereka, beliau berkata, mangsa setiba di Thailand terus dibawa ke Myanmar sebelum dipaksa bekerja sebagai ‘scammer’.

“Jika gagal mencapai sasaran yang ditetapkan, mereka dikatakan bukan saja akan didenda, malah didera dan diugut akan dijual kepada ejen lain.

“Semua mangsa turut dihalang menghubungi keluarga, namun ada antara mereka berjaya menghubungi keluarga secara sembunyi menggunakan aplikasi WhatsApp dan memaklumkan masalah yang sedang mereka hadapi,” katanya.

Beliau berkata, polis Sarawak sudah merujuk kes itu ke Bukit Aman, Interpol serta Aseanapol, dan turut memaklumkannya kepada Kementerian Luar dan Konsulat Malaysia bagi membantu mengesan lokasi mangsa terbabit di Myanmar serta berusaha menyelamatkan mereka.



“Kes ini masih dalam siasatan lanjut mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670),” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekiranya Zahid Di Bebaskan Kerana Memo Dalaman AGC, Mengapa Tidak Najib?


Mohd Azman memaklumkan sepanjang tempoh sembilan bulan tahun ini, polis Sarawak telah menerima 25 laporan penipuan pekerjaan di luar negara membabitkan 36 mangsa, iaitu 22 lelaki dan empat wanita.



“Semua laporan itu diterima daripada ahli keluarga mangsa. Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terperdaya dengan tawaran kerja gaji lumayan di luar negara,” katanya.

Sementara itu mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak yang akan diadakan pada 4 November depan pula, beliau berkata, pihaknya bersedia sepenuhnya bagi memastikan kelancaran proses demokrasi itu.

“Kami akan memutuskan dalam masa terdekat mengenai jumlah anggota dan aset untuk digerakkan mengawal PRK itu,” katanya.

8 rakyat Sarawak dipaksa sindiket jadi ‘scammer’ di Myanmar


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Cubaan Radzi Jidin Tegakkan Benang Basah Gagal

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading