KLB terima lawatan delegasi Indonesia

KLB terima lawatan delegasi Indonesia

KLB terima lawatan delegasi Indonesia
Delegasi Universiti Ikopin mengdakan lawatan ke Estet Ladang Sungai Ambat, di Mersing, Johor.

Kuala Lumpur: Koperasi Ladang Berhad (KLB) menerima kunjungan 15 delegasi Universitas Koperasi Indonesia (Universiti Ikopin) yang diketuai oleh Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Pelajar, Dr H Gijanto Purbo Suseno ke Estet Ladang Sungai Ambat, di Mersing, Johor.

Ketibaan mereka disambut oleh Pengerusi Lembaga KLB, Mohd Damahuri Mohd Jamli bersama pengurusan KLB yang lain serta Pengarah Pusat Antarabangsa dan Kolaborasi, Institut Koperasi Malaysia (IKMA), Dr Zurita Mohd Salleh.

Mohd Damahuri berkata, antara tujuan lawatan kerja itu adalah bagi meningkatkan kerjasama di antara kedua-dua pihak terutamanya dalam meningkatkan tahap kebolehpasaran koperasi secara lebih efektif dan dominan.



“Selain itu, delegasi turut diberi taklimat berkaitan pencapaian, aktiviti, status semasa serta perancangan dan hala tuju KLB.

“Pemilihan KLB sebagai lokasi pilihan oleh Universiti Ikopin yang merupakan institusi pengajian tinggi di Indonesia yang memfokus dalam bidang keusahawanan koperasi ini merupakan satu pengiktirafan kepada KLB yang telah diakui sebagai salah satu 10 koperasi terbaik di Malaysia,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa ‘sakit’, ratib Umno, Zahid, Anwar




Delegasi Universiti Ikopin dibawa melawat ke tapak tanaman dan semaian kelapa sawit serta diberi penerangan mengenai jentera moden yang digunakan bagi meringankan beban kerja dan meningkatkan produktiviti seperti ‘grabber’ dan ‘bin system’.

“Rombongan turut melawat ke lokasi ternakan lembu integrasi dan pusat ternakan lembu fidlot yang memuatkan lebih 1,700 lembu.

“Di samping itu, kita tunjukkan juga demonstrasi jentera pemprosesan makanan lembu dan jentera pemprosesan tinja lembu yang boleh menghasilkan baja organik yang sangat baik untuk semua jenis tanaman,” katanya

Sementara itu, H Gijanto berkata, lawatan itu memberi peluang kepada pelajar untuk menjana ilmu pengetahuan mengenai amalan pertanian Malaysia dan mengenali peranan koperasi secara langsung dalam pemerkasaan sektor pertanian.



“Diharapkan, usaha jaringan antara universiti dan industri sama ada di dalam dan luar negara dapat diteruskan untuk memperkasakan mahasiswa terutamanya dalam bidang pengurusan koperasi di Indonesia,” katanya.

KLB terima lawatan delegasi Indonesia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Agong serlah sisi romatik, Permaisuri terharu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading