Everest Fish Curry Masala didapati mengandungi racun perosak – SFA

Everest Fish Curry Masala didapati mengandungi racun perosak – SFA

Everest Fish Curry Masala didapati mengandungi racun perosak - SFA
EVEREST Fish Curry. FOTO SFA

Singapura: Agensi Makanan Singapura (SFA) mengarahkan produk Everest Fish Curry Masala dari India, ditarik balik dari pasaran, kerana mengandungi etilena oksida atau racun perosak pada paras melebihi had dibenarkan.

Memetik laporan Channel News Asia, SFA berkata, etilena oksida adalah racun perosak yang tidak dibenarkan untuk digunakan dalam makanan, walaupun ia dibenarkan untuk digunakan dalam pensterilan rempah.

Langkah itu dibuat selepas Pusat Keselamatan Makanan di Hong Kong mengeluarkan pemberitahuan mengenai penarikan balik dari pasaran terhadap campuran rempah itu.



Memandangkan Everest Fish Curry Masala diimport ke Singapura, SFA mengarahkan pengimport, Sp Muthiah & Sons, untuk menarik balik produk itu.

Produk yang terjejas dibuat di India dan seberat 50 gram, dengan tarikh luput sebelum September 2025. Penarikan balik sedang berjalan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Peguam Kanan: Sultan Boleh Di Panggil Melalui Wakil Baginda Untuk Beri Keterangan Di Mahkamah




Menurut SFA lagi, walaupun tiada risiko serta-merta terhadap pengambilan makanan yang tercemar dengan paras rendah etilena oksida, namun pendedahan jangka panjang kepada bahan itu boleh membawa kepada isu kesihatan.

“Oleh itu, pendedahan kepada bahan ini harus diminimumkan sebanyak mungkin.

“Mereka yang menggunakan produk terbabit dan mempunyai kebimbangan mengenai kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Pengguna boleh menghubungi tempat pembelian mereka untuk pertanyaan,” katanya.

Everest Fish Curry Masala didapati mengandungi racun perosak – SFA


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Usaha Menghalang DS Najib Mendapat Tahanan Rumah Mula Di Gerakkan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading