Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?

Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin

Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?

 

Presiden PAS, Hadi Awang mengkritik negara-negara yang memudahkan rakyat Palestin yang mahu meninggalkan Gaza.

Hadi menyifatkan mereka sebagai mengikut agenda Israel dan Barat.



Beliau turut menyifatkan rakyat Palestin yang meninggalkan negara itu dan Gaza sebagai tidak berprinsip.

“Rakyat Palestin yang menyokong kumpulan Hamas terus bertahan di Gaza walaupun mereka dibelasah habis-habisan sehingga ramai yang telah gugur syahid.”

“Mereka tetap bertahan tidak mahu keluar dari Palestin dan Gaza yang dikepung.”

“Walaupun telah disediakan kemudahan keluar untuk menyelamatkan diri oleh beberapa pihak.”



“Hanya kalangan yang tidak berprinsip sahaja akan keluar meninggalkan Palestin dan Gaza.”

“Pendirian PAS bersama kerajaan, parti dan NGO menyokong perjuangan Palestin menentang kezaliman Zionis dengan istiqamah.”

“Namun, PAS berbeza dengan pihak yang lain.”

“PAS menolak penyelesaian dua negara yang disokong oleh kerajaan PH kini yang bersama Barat.”



“Mendukung penyelesaian dua negara tersebut dan menyokong Palestin secara dibelah-bahagi, kata Hadi Awang.

Sepatutnya, sebelum mengeluarkan sebarang kritik mengenai rakyat Palestin, terutamanya yang berada di Gaza, Hadi perlu cermin muka sendiri dahulu.

Untuk menyelamat dan menyatukan anak dan isteri Nadir, penyokong kuat PAS, yang terperangkap di Gaza pun Hadi serta PAS tidak melakukan apa-apa.

Kerajaan yang beliau tuduh bersama-sama dengan agenda barat jugalah yang menyelamatkan ahli keluarga penyokong tegar PAS.



Cuba Hadi atau mana-mana pemimpin PAS beritahu, selepas berbulan-bulan peperangan antara HAMAS dan Israel, apakah yang telah mereka lakukan untuk membantu?

NGO Aman Palestin yang mesra PAS, yang mengutip derma orang ramai untuk membantu rakyat Palestin kini sedang berhadapan kes mahkamah.

Untuk pengetahuan Hadi Awang, nasib rakyat Palestin tidak akan terbela dengan hanya mengeluarkan kenyataan sambil mencandat sotong!!!

 



Boleh Hadi Beritahu Apa Yang Beliau Dan PAS Sudah Bantu Rakyat Palestin?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading