Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke landasan

Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke landasan

Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke landasan
Anggota penyelamat mengeluarkan lelaki yang terjatuh di landasan di Stesen LRT Dato’ Keramat, Kuala Lumpur, malam tadi. Foto Bomba

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki 27 tahun maut digilis tren Transit Aliran Ringan (LRT) selepas terjatuh ke landasan di Stesen LRT Dato’ Keramat malam tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Fabell Md Yasin, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.05 malam, dan terpaksa mendapatkan bantuan juruteknik LRT untuk menggerakkan tren ke belakang bagi mengeluarkan mayat lelaki itu.

“Lelaki itu digilis di bahagian kedua-dua belah kaki dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak petugas kesihatan,” katanya dalam kenyataan.



Sementara Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan malam ini berkata susulan kejadian itu jadual perjalanan LRT Laluan Kelana Jaya terjejas, menyebabkan waktu menunggu yang lebih lama.Menurutnya perkhidmatan rel alternatif, termasuk perkhidmatan bas sokongan, telah diaktifkan bagi menyokong operasi.

“Pihak Rapid Rail akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menyiasat kejadian. Kami memohon maaf kepada semua penumpang yang terjejas akibat kejadian itu, dan atas kelewatan tren malam ini,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Lelaki maut digilis tren LRT selepas terjatuh ke landasan

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Samsuri akan lepaskan jawatan Menteri Besar Terengganu?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button