Demi cinta, satu kampung bergelap

Demi cinta, satu kampung bergelap

Demi cinta, satu kampung bergelap
TANGKAP layar daripada video tular menunjukkan Preeti cuba mempertahankan kekasihnya daripada penduduk yang mengancam untuk memukulnya.

New Delhi: Gadis dari Bihar, India, baru-baru ini, sanggup memotong bekalan elektrik di seluruh kampungnya untuk bertemu dengan pemuda dari kampung sebelah tanpa dilihat sesiapa.

Oddity Central melaporkan, tindakan itu menyebabkan penduduk Bettiah iaitu sebuah perkampungan di daerah Champaran Barat, Bihar, resah selama lebih seminggu kerana gangguan bekalan elektrik luar biasa yang berlaku hampir setiap malam.

Ia kerana keadaan gelap itu memberi peluang untuk pencuri, jadi orang ramai mengadu kepada syarikat elektrik, tetapi wakil syarikat utiliti itu tidak melaporkan masalah infrastruktur.



Tiada siapa faham apa yang sedang berlaku sehingga satu malam apabila beberapa penduduk tempatan yang berjaga, menangkap pasangan muda yang bertemu dalam kegelapan.

Difahamkan, gadis bernama Priti Kumari, jatuh cinta dengan Rajkumar, pemuda dari kampung sebelah dan memutuskan bekalan elektrik di kampung demi merahsiakan hubungan mereka.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing




“Preeti pernah memotong bekalan elektrik kampung setiap malam dan banyak kecurian dilaporkan berlaku di kampung itu.

“Kami ‘diganggu’ oleh gadis itu,” kata seorang penduduk kampung Bettiah kepada India Today.

Sebuah video tular di laman sosial India menunjukkan Preeti cuba mempertahankan kekasihnya daripada penduduk yang mengancam untuk memukulnya.

Menurut media tempatan, sebahagian penduduk berjaya ‘melayangkan’ beberapa pukulan dengan kayu terhadap Rajkumar.



Bagaimanapun, pemuda itu berjaya melarikan diri dan membalas dendam terhadap penyerang dengan bantuan rakan dari kampungnya sendiri.

Bagi mengelak keadaan gangguan bekalan elektrik berterusan dan keadaan bertambah buruk, penduduk kedua-dua kampung itu memutuskan bahawa pasangan muda itu harus berkahwin.

Difahamkan, pasangan itu kemudian disatukan di sebuah kuil.

Strategi Preeti untuk merahsiakan hubungannya tercetus daripada idea juruelektrik India yang menjadi tajuk utama berita tahun lalu kerana memotong bekalan elektrik di kampung asalnya untuk bertemu teman wanitanya secara rahsia.



Demi cinta, satu kampung bergelap


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button