Bot pancing karam, empat nelayan lima hari terapung di laut terselamat

Bot pancing karam, empat nelayan lima hari terapung di laut terselamat

Bot pancing karam, empat nelayan lima hari terapung di laut terselamat
Kesemua mangsa yang ditemui terapung atas dua tong simpanan ikan, 75 batu nautika dari muara Sungai Miri sebelum dibantu kru sebuah kapal pengangkut, pagi semalam. – NSTP/Erika George

MIRI: Empat nelayan ditemui selamat selepas terapung lima hari dengan berpaut pada dua tong simpanan ikan, pada jarak 75 batu nautika dari muara Sungai Miri, semalam.

Pengarah Zon Maritim Miri, Mohd Shafie Paing, berkata kesemua mangsa lelaki berusia 25 hingga 44 tahun itu ditemui selamat oleh sebuah kapal pengangkut yang lalu di perairan berkenaan pada jam 10 pagi sebelum diselamatkan oleh kru kapal.

Katanya, kesemua mangsa kemudian dipindahkan ke kapal KM Tabah milik pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM) sebelum dibawa ke Jeti Marina Bay untuk tindakan lanjut.



“Sejurus sampai di jeti pada jam 6 petang, sepasukan perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM) menjalankan pemeriksaan serta memberikan rawatan awal ke atas semua mangsa yang berada dalam keadaan lemah akibat hidrasi.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Miri untuk rawatan lanjut,” katanya di sini.

Bot pancing karam, empat nelayan lima hari terapung di laut terselamat

Mohd Shafie berkata, hasil siasatan awal mendapati kesemua mereka keluar memancing pada 29 Januari lalu yang mana pada awal pagi berikutnya, bot pancing yang dinaiki karam akibat dipukul ombak kuat di laut.




DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Mujurlah semua mangsa terselamat kerana berjaya berpaut dan naik ke dua buah tong simpanan ikan sebelum berjaya diselamatkan oleh kapal pengangkut yang lalu di kawasan terbabit,” katanya.

Beliau pada masa sama menggesa semua komuniti maritim agar memastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik dan membatalkan niat ke laut jika cuaca buruk.

Isteri ‘balas dendam’, tak tahan asyik ditinggalkan suami kaki pancing



Bot pancing karam, empat nelayan lima hari terapung di laut terselamat

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Kecewa dengan politik, 2 MP Umno bakal letak jawatan?




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading