Carlo Ancelotti fokus Liga Juara-Juara

MADRID: Carlo Ancelotti berkata dia ‘menghormati’ keputusan Kylian Mbappe untuk kekal di Paris Saint-Germain (PSG), namun menegaskan pemain Real Madrid kini memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan akhir Liga Juara-Juara.

Real Madrid terdesak untuk menandatangani Mbappe apabila kontraknya tamat musim panas ini, tetapi penyerang itu menolak perpindahan ke Sepanyol, sebaliknya memilih untuk menandatangani perjanjian baharu tiga tahun dengan PSG.

Ancelotti diajukan soalan adakah isu Mbappe boleh menjejaskan pemainnya, ketika Madrid berhasrat untuk mengalahkan Liverpool, Ahad ini dan sekali gus memenangi Piala Eropah ke-14 kelab itu.

“Ia agak jelas bagi kami apa yang perlu kami fikirkan,” kata Ancelotti dalam sidang akhbar.



“Kami tidak pernah bercakap mengenai pemain dari kelab lain. Kami menghormati semua orang, kami menghormati keputusan yang mereka ambil dan kami menghormati kelab lain.

“Kami perlu melakukan tugas kami dan ia jelas apa yang perlu kami fikirkan, iaitu perlawanan akhir.”

Ketika ditanya sama ada dia secara peribadi kecewa dengan keputusan pemain Perancis itu, dia berkata: “Saya faham anda perlu melakukan tugas anda tetapi saya tidak pernah bercakap mengenai pemain yang bukan milik Madrid dan saya tidak akan melakukannya.”

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker