Tanah runtuh, Kemensah Height berduka

 

Tanah runtuh di belakang rumah teres dua tingkat di Kemensah Height

Oleh : Othman Puteh

AMPANG – 19 buah rumah di Kemensah Height mengalami rosak teruk akibat tanah runtuh. Dimaklumkan terdapat 28 keluarga yang berada di rumah semasa kejadian berlaku.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 9.33 malam dan tiba di lokasi kejadian pada jam 9.44 malam.



 

 

Pasukan Bomba dan Penyelamat Ampang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan.



Setibanya di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh yang telah menjejaskan belakang 19 rumah teres dua tingkat, katanya melalui kenyataan pada Jumaat.

Norazam berkata, tiada mangsa cedera dalam insiden itu.

 



Pihak bomba dan penyelamat juga telah memindahkan semua mangsa dari kawasan rumah ke pusat pemindahan sementara, katanya.

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading