Google sekali lagi siar data tidak tepat Kadar Pertukaran Asing Ringgit – BNM

Google sekali lagi siar data tidak tepat Kadar Pertukaran Asing Ringgit – BNM

Google sekali lagi siar data tidak tepat Kadar Pertukaran Asing Ringgit - BNM
BNM menolak data tidak tepat berkenaan pertukaran ringgit yang salah diterbitkan oleh Google.

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini dengan tegas menolak data tidak tepat mengenai kadar pertukaran ringgit yang tersebar menerusi media sosial berdasarkan kadar pertukaran USD/MYR yang salah diterbitkan oleh Google pada 15 Mac 2024.

“Maklumat ini tidak tepat dan tidak mencerminkan dagangan sebenar,” menurut BNM dalam kenyataan.

Bank pusat menjelaskan pada Jumaat 15 Mac 2024 kadar pertukaran USD/MYR berada pada 4.7015 pada 9 pagi, dan 4.7045 pada 5 petang dengan kadar intrahari tinggi sebanyak 4.7075 dalam pasaran antara bank tempatan bagi ringgit, seperti yang diterbitkan dalam laman sesawang BNM.



Sepanjang dua minggu lepas (1-15 Mac 2024), nilai ringgit mengukuh sebanyak 0.76 peratus berbanding dengan dolar AS, tambahnya.

BNM memaklumkan bahawa insiden itu kali kedua Google menerbitkan data kadar pertukaran USD/MYR yang tidak tepat pada 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gelombang “Hijau” menakutkan Pelabur?



“Susulan insiden salah lapor yang kedua ini, BNM akan menghubungi Google sekali lagi untuk mendapatkan penjelasan punca pelaporan yang tidak tepat ini berlaku dan langkah-langkah pembetulan yang dibuat memandangkan isu yang berulang ini menjejaskan Malaysia dan banyak negara lain sejak beberapa bulan yang lalu,” tegas BNM.

Bank pusat menasihatkan orang ramai supaya merujuk data rasmi, termasuk data daripada BNM.

Orang ramai juga perlu mengelak daripada menggunakan, menyebarkan atau membuat spekulasi berhubung dengan sumber yang tidak disahkan sebagai rujukan bagi ringgit, jelasnya.



“Kadar pertukaran mata wang asing ialah data sensitif bagi pasaran serta sebarang pelaporan tidak tepat dan penyebaran data yang tidak disahkan boleh menyebabkan kesan serius ke atas pasaran kewangan,” tambah BNM.

Ringgit rendah berbanding dolar AS semasa mengakhiri dagangan minggu ini, begitu juga dengan prestasi mata wang serantau, berikutan data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) AS yang lebih tinggi daripada jangkaan.

Pada 6 petang Jumaat, ringgit susut kepada 4.7050/7095 berbanding dolar AS daripada 4.6845/6878 ketika ditutup pada Khamis.

Google sekali lagi siar data tidak tepat Kadar Pertukaran Asing Ringgit – BNM

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Pelik Alasan Tidak Perasan Dari KK Mart

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button