Dipenjara 30 tahun, lelaki akhirnya dihukum mati

Dipenjara 30 tahun, lelaki akhirnya dihukum mati

Dipenjara 30 tahun, lelaki akhirnya dihukum mati
BRENT Brewer. FOTO AFP

Houston: Seorang lelaki di Texas yang menghabiskan lebih 30 tahun di blok atau seksyen di penjara bagi mereka yang akan dijatuhi hukuman mati, akhirnya menjalani hukuman itu pada Khamis.

Dia sebelum ini ditempatkan di situ kerana pembunuhan dilakukannya semasa rompakan ketika berusia 19 tahun.

Brent Brewer, 53, menjalani hukuman mati dengan suntikan maut selepas 6 petang waktu tempatan di Penjara Negeri Texas di bandar Huntsville, kata pegawai penjara.



Brewer dijatuhi hukuman mati pada 1991 kerana menikam sehingga mati Robert Laminack, 66, pada 1990, dalam rompakan yang hanya membabitkan wang tunai AS$140 (kira-kira RM661).Pada hari kejadian, Laminack menumpangkan Brewer dan teman wanitanya, Krystie Lynn Nystrom yang akhirnya turut dihukum dengan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana bersubahat.

Brewer sudah merayu penangguhan pelaksanaan hukuman mati itu minggu ini kepada Lembaga Pengampunan dan Parol Texas, tetapi ditolak sebulat suara.

Usul yang difailkan kepada Mahkamah Rayuan Jenayah Texas juga ditolak.

Dalam video yang dikeluarkan oleh peguamnya, Brewer meminta maaf kepada keluarga mangsanya.



“Saya minta maaf atas apa yang saya lakukan,” katanya. “Walaupun ia tidak mengubah keputusan sekurang-kurangnya mereka dapat mendengarnya sebelum saya pergi.

“Apabila anda berumur 19 atau 20 tahun dan anda keliru, atau anda menggunakan dadah dan minum, atau anda bergaul dengan orang yang salah, anda tidak mempunyai sistem nilai sebenar,” katanya.

Hukuman mati sudah dimansuhkan di 23 negeri Amerika Syarikat, manakala tiga lagi – California, Oregon dan Pennsylvania – mematuhi moratorium mengenainya.

Dipenjara 30 tahun, lelaki akhirnya dihukum mati


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Syed Saddiq Cipta Sejarah Politik Dunia





Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading